BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Korunk memang best..tqqqq

Sunday, October 30, 2011

2nd day merayap

Hari ni lak ikut BIL gi Hulu Langat..hajat nak shopping terpaksa di tunda selepas itu lak...alang2 dah sampai hulu langat ape lg my nephew lak nak mandi manda kat sg congkak..so menghala la ke congkak...hanya Zarel je yg mandi sbb Qisti takde baju...kejap je kat sana..pastu makan tengahari kat gerai pakcik peramah kat situ..after that menghala ke Sunway Piramid la apa lg..walaupun sekadar window shopping..I Like...

En suami ape lg cari kasut dia je la...aku lak kepala otak memikirkan brg baby je..tp biasa la aku kan baik hati...so layan hb dulu la cari sampai dpt apa yg dia nak...sib baik Sunway ada Converse...takkan takde lak kan..pilih punya pilih still takde yg berkenan tapi drpd takde dpt jugak la yg tak berapa berkenan tp akhirnya berkenan jugak la...

Dah dapat kasut...my turn lak nak tgk brg baby...so pegi Jusco je la..kot2 ada yg best...tp takde byk choice pun..tak sama dgn Jusco OU..brg2 dia pun cam agak kekampungan sikit la berbanding OU...hehe jgn mare Jusco Sunway...just my opinion...anyway dptlah sedikit idea stroller camna yg aku nak beli...dan juga dpt info bahawa material brg2 bumblebee memang tip top...kalau dbandingkan dgn brg2 SC...cuma stroller dia mahal2 sikit tu ok la..not bad...boleh menandingi stroller yg mahal2 badak tu...

Dalam masa yg sama Ida Setiawangsa call yg dia nak deliver Baby Cot..so terpaksa la aku tahan keinginan aku menyambut baby cot tu sbb jauh sgt dr rumah...so BIL aku la yg menyambutnya...tak sabar rasanya nak balik tgk...

So after Jusco..kitorang terus balik rumah...dalam hujan lebat..singgah jap Petronas utk makan2 makanan ringan...dah sampai rumah terus punggah baby cot..sbb nak bwk naik atas tak muat lak ruang tangga tu...so terpaksa pasang balik...anyway worth it gak aku beli cot ni...tak perlu kuar duit byk utk dpt baby cot putih idamanku...Bumper aku pilih brown bear sbb Ida bg aku bantal free Bumblebee corak yg sama so aku pilih cot brown gak la..ingat nak very the colorfull...takpe la...


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Shopping time

Hari ni awal2 lg dah kejut anak2 bangun pagi sebab nak pegi immigration buat passport..my hubby...punya la berjanggut kat imm tu..dgn sistem down lg..sabar je la...kul 9 sampai IMM Putrajaya sampai la kul 12.30 br dapat passport...ape nak buat..camtu la biasanya kan...

After imm pegi makan kat Seri Serdang...alang2 dah sampai area ni nak jugak tgk keadaan serdang yg dah lama kitorang tinggalkan..byk la jugak perubahan tp kedai makan yg menjadi sejarah antara aku dan hubby still kat sana lg..so kitorang makan tghari kat situ...tp tak la begitu best cam dolu2...owner yg dulu pun dah tak nampak bayang..tinggal anak2 bini je....pas makan lupa lak nak singgah UPM...sbb kepala otak tgh fikir Baby Fair kat Ikano sebenarnya...so heading to Ikano la after lunch....

Kat Ikano..apa yg aku cari takde...sebenarnya nak beli botol susu dan breast pump...tp agak2 indah khabar dr rupa la pulak sales diorg ni....anyway aku dapat gak beli cot bumper, bantal dan stoking baby...bouncer yg di cari pun takde....at least aku dah ada beberapa brg baby...semalam katil tilam...dan beberapa helai comforter...kelambu..dan hari ni dapat bumper cot bumblebee dgn harga 83.++ jek..ok la..

After Ikano my hubby lak tak puas hati nak shopping gak...so terus pegi pertama kompleks cari kasut converse...cari punya cari punya pusing yg berkenan takde saiz...so tak dapek la beli...esok la pulak sambung cari....tp yg betul2 buat aku tak lena tidur, kasut converse kids...adoiiii...lawanya nak mampus...ku simpan cita2 utk beli gak next month..actually tak la begitu penting sgt sbb mmg dah ada kasut tp tak tahan tgk tu la pasal....

After dah fed-up cari kasut takde saiz...Qisti lak sibuk tanya psl bila nak beli henfon br utk dia....so nak tak nak terpaksa la beli kan..champs yg dah lama dia minat...punya byk phone yg di tunjuk, itu jugak la yg dia minat...so at last..beli jugak...so for today ni la brg2 yg dapat dibeli...satu lg keje giler yg kitorg buat..dr putrajaya ke serdang ke ikano dan ke kl....


Kul 8.30 sampai rumah terus singgah kedai jap beli bahan2 nak masak utk breakfast pagi besok..sbb BIL nak dtg rumah...after balik anak2 mandi dan terus tidur..aku terpaksa la kemas rumah dulu..lipat baju, basuh baju dan sidai...cuci toilet..sambil2 tulis blog..:-D...kepala otak masih fikir kasut sekolah yg lum basuh..esok tak lekat rumah lak merayap lagi...tgk la camna..kalau terdesak sgt terpaksa la Qisti ponteng sekolah.. haha..mengarut sungguh...sib baik exam semua dah habis...tunggu nak submit buku teks je Thursday ni..sure dah tak belajar bebudak ni..membazir aku bayar duit van utk bulan November...ok time to sembahyang dan tido....esok pepagi kena bangun mop lantai dan vakum lak..dan masak...huhu...stok karipap lak dah habis...ntah sempat ke tak aku nak membuatnya...apepun I will try my best..


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Friday, October 28, 2011

Penyakit Kanak-Kanak



Hernia Pusat

Kawasan perut diliputi oleh otot-otot perut yang menjaga rupabentuknya. Ketegangan otot-otot tersebut memastikan perut tidak buncit. Walau bagaimanapun, sesetengah bayi dilahirkan dengan otot-otot perut yang tidak tegang. Kawasan yang tidak tegang itu boleh melibatkan kawasan di sekeliling pusat. Hernia pusat berlaku kerana sebahagian daripada usus menonjol keluar akibat kurangnya ketegangan otot-otot perut di kawasan pusat.

Tanda-Tanda
·         Bonjol di pusat.
·         Bonjol membesar apabila bayi menangis dan hilang apabila bayi berbaring tanpa menangis.

Tindakan Ibubapa
·         Jangan balut kawasan itu dengan kain yang ketat. Ini tidak akan menolong menghilangkan bonjol itu.
·         Kenal pasti ukuran bonjol kerana sekiranya ia membesar ibubapa akan mengetahuinya.

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
·         Bonjol semakin membesar (lebih daripada 2cm).
·         Bonjol menjadi keras dan tidak tenggelam apabila bayi berehat.
·         Bayi menangis dengan tidak henti-henti.
·         Bayi muntah berterusan.

Komen : Kebanyakan hernia pusat akan hilang apabila bayi berumur setahun. Jarang sekali pembedahan diperlukan untuk menghilangkan hernia pusat. Sila lihat Hipotiroid kerana bayi yang menghidapi hipotiroid kerap mendapat hernia pusat.

Hernia (Angin Pasang)

Hernia atau lebih dikenali dengan angin pasang ialah bonjol di pelipat paha yang terjadi kerana kelemahan otot di kawasan itu. Akibat daripadanya ialah usus terbonjol keluar. Bonjol ini berbahaya kerana usus yang membonjol keluar boleh terperangkap dan tidak dapat dimasukkan semula ke tempatnya. Keadaan ini akan mengakibatkan sakit jika penbedahan tidak dilakukan. Oleh itu semua bonjol di kawasan pelipat paha mesti dirujuk kepada doktor untuk pembedahan.

Tanda-Tanda
·         Bonjol di pelipat paha.
·         Bonjol tenggelam apabila ditekan dan jika anak berbaring terlentang.
·         Bonjol membesar apabila anak batuk atau menangis.
·         Kadang-kadang bonjol masuk ke dalam pundi-pundi buah zakar.

Tindakan Ibubapa
·         Periksa kawasan pelipat paha anak jika ia menangis atau mengadu sakit.

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
·         Ada bonjol di pelipat paha atau di dalam pundi-pundi buah zakar yang perlu dipastikan diagnosisnya.
·         Bonjol yang tidak dapat dimasukkan ke dalam.
·         Bonjol yang keras.
·         Anak muntah, sakit perut dan sentiasa menangis.

Komen : Hernia ini berlainan daripada hernia pusat (bonjol di pusat). Hernia pusat akan pulih tanpa pembedahan tetapi hernia di pelipat paha memerlukan pembedahan. Pembedahan itu kecil dan pesakit akan keluar hospital keesokan harinya.

Hepatitis B

Hepatitis B merupakan salah satu daripada kuman virus hepatitis, selain daripada hepatitis A, C, D dan E. Kuman Hepatitis B boleh dijangkiti melalui cecair manusia seperti darah (melalui tranfusi darah) susu badan, persetubuhan, air liur dan melalui suntikan penagih dadah. Hepatitis B lebih serius dibandingkan dengan Hepatitis A. Pembawa kuman Hepatitis B mempunyai risiko yang tinggi mengalami penyakit hati berinflamasi dan seterusnya penyakit barah hepar. Semua ini boleh dielakkan dengan suntikan pelalian Hepatitis B.


Tanda-Tanda
Lebih daripada 90 peratus pesakit yang menghidap atau pembawa virus Hepatitis B tidak ada tanda-tanda langsung dan hanya boleh dikesan melalui ujian darah.
Adakalanya pesakit dihadapi jaundis akibat jangkitan Hepatitis B.

Tindakan Ibubapa
·         Ibubapa harus memastikan mereka tidak menghidap jangkitan ini dengan menjalani ujian darah.
·         Anak harus diberi suntikan Hepatitis B untuk mengelakkan jangkitan ini.
·         Pastikan tiap-tiap bayi menerima suntikan pelalian Hepatitis B sebanyak 3 kali.

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
·         Anak didapati pembawa Hepatitis B.
·         Ibubapa kurang faham tentang penyakit ini.

Komen : Sesiapa yang menghidap jangkitan ini boleh sembuh. Mereka harus mengelakkan diri daripada menghisap rokok, minum arak, menagih dadah dan menderma darah. Rawatan tertentu terdiri daripada pemerhatian teliti doktor dan tindakan sewajarnya. Ubat baru interferon hanyalah untuk sebilangan kecil pesakit Hepatitis B.


Hepatitis A

Perkataan hepatitis bermakna jangkitan hepar (hati). Hepatitis A merupakan jangitan virus. Di antara semua jangkitan hepatitis yang menjangkiti kanak-kanak, Hepatitis A yang sering kali berlaku. Ia berpunca daripada makanan seperti kerang yang tidak dibasuh dengan bersih. Jangkamasa di antara jangkitan dengan menghidap penyakit adalah 2 - 4 minggu. Penyakit ini jarang sekali membawa maut.

Tanda-Tanda
Letih-lesu, kurang selera makan, rasa mual dan muntah, demam, sakit perut. (Pada permulaan penyakit ada ciri-ciri tertentu. Apabila anak terkena jaundis, penyakit ini dapat dikenalpasti).
Jaundis, air kencing pekat, najis kelihatan pucat.

Tindakan Ibubapa
·         Galakkan anak minum secukupnya.
·         Beri anak makan makanan yang kurang lemak dan berminyak.
·         Beri ubat paracetamol untuk demam.
·         Ahli keluarga mesti membasuh tangan sebelum makan.
·         Ahli keluarga mesti membasuh tangan selepas ke tandas.
·         Jauhkan diri daripada gerai makanan yang disyaki kotor.

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
·         Lihat sakit perut dan muntah.
·         Anak terkena jaundis, air kencingnya pekat, najisnya berwarna pucat.

Komen : Pelalian Hepatitis A hanyalah untuk orang dewasa yang melawat kawasan yang risikonya tinggi dijangkiti Hepatitis A. Hampir semua pesakit Hepatitis A pulih tanpa masalah.

Hemofilia

Hemofilia adalah penyakit darah. Pesakit yang menghidap hemofilia mempunyai masalah pembekuan darah, darah mereka tidak beku. Oleh itu, apabila bahagian badannya luka ia akan berdarah tanpa henti. Penyakit hemofilia adalah penyakit baka yang pembawanya adalah ibu pesakit. Penyakit hemofilia dikenal pasti apabila anak berumur 1 - 2 tahun. Pada umur ini sering terdapat lebam biru di kulit dan adakalanya anak menghidap pendarahan di sendi-sendinya. Rawatan untuk pendarahan hemofilia ialah dengan menggunakan sejenis protein yang dinamakan Factor VIII. Protein ini dapat menolong darah membeku apabila pendarahan berlaku.

Tanda-Tanda
·         Bahagian-bahagian badan menjadi lebam-lebam biru dengan sendirinya atau disebabkan oleh terhantuk.
·         Sakit sendi yang bengkak.
·         Pendarahan yang tidak henti-henti seperti pendarahan selepas berkhatan, pendarahan hidung, pendarahan gusi dan sebagainya.

Tindakan Ibubapa
·         Sekiranya ada ahli yang mempunyai masalah yang sama seperti pendarahan yang teruk selepas berkhatan, anak mesti menjalani ujian darah untuk mengenalpasti samada ia menghidap hemofilia ataupun tidak.
·         Sekiranya bahagian badan anak sering menjadi lebam-lebam biru tanpa jatuh, ibubapa harus mengesyaki anak menghidap masalah pembekuan darah.
·         Sakit otot atau sendi yang berterusan boleh disebabkan oleh pendarahan dan setiap pesakit hemofilia mesti berwaspada terhadap perkara ini.
·         Jangan beri anak ubat aspirin. Ubat paracetamol boleh digunakan.
·         Jangan galakkan anak mengambil bahagian dalam sukan yang lasak.
·         Pelalian Hepatitis B mesti diberi.
·         Penjagaan gigi yang baik serta janji temu dengan doktor gigi setahun sekali digalakkan.
·         Pakai rantai Medic Alert.

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
·         Penyakit pendarahan disyaki.
·         Semua pendarahan serta bengkak sendi dan otot.
·         Pendarahan di dalam saluran pemakanan boleh menyebabkan susah menelan makanan.
·         Pendarahan di dalam otak boleh juga berlaku. Oleh itu, sekiranya pesakit terhantuk kepala dan mengadu sakit kepala, dia harus dibawa ke hospital dengan secepat mungkin.

Komen : Untuk makluman lebih lanjut, sila hubungi:
Persatuan Hemofilia Malaysia
(Haemophilia Society of Malaysia)
d/a Blood Services Centre
(Pusat Perkhidmatan Darah)
Hospital Kuala Lumpur
50586 Kuala Lumpur

Hemangioma

Ada bayi yang dilahirkan dengan hemangioma iaitu tompok-tompok merah pada kulit mereka. Kadang-kadang tompok-tompok ini terjadi di muka, badan atau anggota badan yang lain. Tompok-tompok merah ini tidak berbahaya dan ia berpunca daripada saluran darah halus di permukaan kulit yang tidak normal. Saluran darah ini berkumpul menjadi hemangioma.

Tanda-Tanda
·         Tompok-tompok merah.
·         Tompok-tompok yang bengkak sedikit dalam masa beberapa bulan pertama.

Tindakan Ibubapa
·         Jangan risau. Tompok-tompok ini akan hilang dengan sendirinya selepas tempoh masa 1 - 2 tahun.
·         Jangan sapu apa-apa ubat pada tompok-tompok ini. Tompok-tompok ini akan membesar sedikit sebelum mula mengecut.

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
·         Tompok-tompok merah ini berdarah.
·         Tompok-tompok melibatkan mata.
·         Pendarahan berlaku di kawasan lain seperti gusi dan hidung.

Komen : Hemangioma besar di kawasan leher boleh menyekat saluran pernafasan dan membahayakan anak. Jika hemangioma terlalu besar, rawatan segera dengan menggunakan ubat, pancaran laser atau pembedahan mungkin diperlukan.

Gusi Berdarah

Gusi berdarah akan berlaku kepada kanak-kanak yang menggosok gigi dengan cara yang tidak betul ataupun dengan menggunakan berus gigi yang terlalu keras. Ramai kanak-kanak menghidap masalah ini. Sebab-sebab lain termasuklah jangkitan gusi, sakit gigi, penyakit darah seperti hemofilia dan luekimia.

Tanda-Tanda
·         Gusi Berdarah.
·         Gusi bengkak dan merah.

Tindakan Ibubapa
·         Beri anak berus gigi yang lembut.
·         Ajar anak cara menggosok gigi yang betul, iaitu dari atas ke bawah untuk gigi atas dan dari bawah ke atas untuk gigi bawah.
·         Periksa gigi dan gusi anak.
·         Periksa kulit anak untuk memastikan tiada atau adanya pendarahan di dalam kulit seperti lebam-lebam.

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
·         Gusi anak berdarah berterusan.
·         Gusi anak bengkak dan merah.
·         Nafas anak berbau.
·         Anak sering demam.
·         Pendarahan di kulit anak, kerap lebam di kulit atau pendarahan dari rongga-rongga lain.
·         Memerlukan siasatan untuk menentukan sebab pendarahan selain daripada yang ada di dalam mulut anak.


Glomerulonefritis Akut

Glomerulonefritis akut adalah sejenis penyakit buah pinggang yang disebabkan oleh reaksi jangkitan kuman. Dalam kebanyakkan kes, pesakit akan menghidap jangkitan 1 -3 minggu sebelum bermulanya masalah buah pinggang. Jangkitan tersebut terdiri daripada infeksi kulit berkudis, sakit tekak ataupun infeksivirus. Penyakit ini selalunya dihidapi oleh para pelajar sekolah. Dengan rawatan tertentu ke semua kes begini akan pulih.

Tanda-Tanda
·         Air kencing berdarah.
·         Bengkak di sekeliling mata.
·         Demam, letih dan sakit kepala.
·         Air kencing berkurangan, kenaikan tekanan darah (hipertensi).

Tindakan Ibubapa
·         Sekiranya anak mengalami penyakit kudis yang teruk, rawatan antibiotik harus didapatkan segera daripada doktor untuk menghapuskan kuman.
·         Kudis harus dibersihkan dengan teliti.
·         Ibubapa harus berwaspada terhadap tanda-tanda glomerulonefritis akut boleh berlaku apabila jangkitan kulit merebak ke buah pinggang. Hanya sebilangan kecil kes penyakit kudis atau sakit tekak akan mengalami glomerulonefritis.

Rujukan Kepada Doktor

Semua kanak-kanak dengan tanda-tanda di atas mesti dirujuk kepada doktor. Jururawat akan menguji air kencing dan mencatatkan tekanan darah anak semasa di dalam wad. Ketika dirawat di hospital, jumlah air minum yang diberi akan dikurangkan apabila air kencing anak berkurangan.

Komen : Rawatan ini bertujuan untuk menghapuskan jangkitan kuman dengan ubat antibiotik dan memastikan fungsi buah pinggang berjalan dengan baik. Semasa anak sakit, kurangkan garam dalam makanannya.

Gigi Timbul

Gigi akan timbul apabila bayi berumur di antara 6 bulan hingga 3 tahun. Ramai ibubapa berpendapat bahawa bayi akan demam apabila munculnya gigi. Memang ada kaitan di antara tumbuh gigi dengan demam pada anak tetapi tidak semua demam disebabkan oleh tumbuhnya gigi.

Tanda-Tanda
·         Gigi timbul
·         Demam, bayi gelisah, menangis, air liur meleleh.
·         Anak kerap menggigit jari, kain baju, perabot dan perkakas-perkakas rumah.

Tindakan Ibubapa
·         Bayi mungkin demam apabila giginya timbul tetapi demam ini mungkin disebabkan oleh penyakit lain.
·         Ubat paracetamol boleh diberi.
·         Jangan beri makanan yang keras kerana ini akan menyakitkan gusi bayi.
·         Krim menahan sakit boleh dibeli dari farmasi.
·         Pastikan bayi minum secukupnya.
·         Belikan alat gigitan bayi (teething ring) yang lembut.

Rujukan Kepada Doktor

·         Kadang-kadang demam yang dialami oleh bayi yang baru tumbuh gigi berpunca daripada jangkitan dan bukannya masalah pergigian. Oleh itu, rujukan kepada doktor perlu jika demam berpanjangan atau bersamaan dengan kurang menyusu.

Komen : Adakalanya bayi dilahirkan dengan gigi. Sila berhubung dengan doktor gigi kerana gigi itu mungkin perlu dicabut. Manakala puting yang diberi kepada anak untuk sentiasa dihisap akan menjejaskan pertumbuhan giginya kelak.

Epilepsi (Sawan Atau Sakit Gila Babi)

Epilepsi kadangkala dikenali sebagai sawan ataupun sakit gila babi. Penyakit ini terjadi apabila perjalanan arus elektrik di dalam otak menjadi kucar-kacir dan tidak lagi berfungsi secara teratur. Manifestasi yang terjadi bergantung kepada saraf otak yang terlibat. Sekiranya ia menjelaskan keseluruhan otak maka pesakit akan menghidap epilepsi menyeluruh (grand mal epilepsy). Epilepsi jenis inilah yang sering dihidapi oleh kanak-kanak.

Tanda-Tanda
·         Anak kadangkala tahu apabila sawan akan berlaku.
·         Tidak sedar dengan jatuh secara tiba-tiba.
·         Tangan, kaki dan tubuh meronta-ronta.
·         Mata memandang ke atas, nafas sesak, muka kebiru-biruan, gigi terkancing.
·         Setelah sawan tamat, anak akan tidur dan bernafas seperti biasa.
Tindakan Ibubapa
·         Jangan kelam kabut
·         Jauhkan anak daripada benda-benda berbahaya seperti api, perabot, benda-benda tajam, kolam air dll.
·         Jangan letakkan apa-apa di dalam mulut anak atau cuba membukanya.
·         Baringkan anak dalam keadaan mengiring
·         Panggil ambulans atau doktor jika sawan berterusan (kebanyakkan sawan akan berhenti dengan sendirinya).
·         Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
·         Sawan terjadi buat pertama kali.
·         Sawan berterusan lebih daripada 15 minit.
·         Kepala anak terhantuk ketika sawan.
·         Anak tidak sedar berjam-jam selepas sawan.
·         Pernafasan terganggu selepas sawan.
·         Ibu bapa bimbang.

Komen : Anak yang menghidap epilepsi tidak digalakkan berenang, berbasikal di jalan raya dan memanjat tanpa pengawasan orang dewasa. Seorang pesakit epilepsi boleh mengalami masalah persekolahan walaupun jarang menghidap sawan. Ibubapa mesti memberi perhatian yang lebih terhadap pelajaran anak.

Demam Denggi

Demam denggi ialah demam yang berpunca daripada gigitan nyamuk Aedes, pembawa virus denggi. Virus denggi merebak daripada seorang ke seorang melalui gigitan nyamuk itu pada siang hari. Demam denggi sering berlaku di kawasan bandar yang dikenal pasti sebagai kawasan denggi. Demam ini selalunya berlanjutan di anara 3 hingga 7 hari. Semasa demam, ruam merah akan timbul. Demam denggi berbahaya kerana pesakit boleh berdarah dan menjadi tenat dengan cepat.

Tanda-Tanda
·         Demam lebih daripada 3 hari.
·         Kulit kemerah-merahan dan ada bintik-bintik.
·         Sakit perut, pening kepala, sakit sendi.
·         Muntah darah.
·         Badan menjadi sejuk dan berperangai tidak menetu.
·         Kurang air kencing.

Tindakan Ibubapa
·         Kurangkan demam dengan memberi ubat paracetamol yang cukup dosnya.
·         Galakkan anak mium air secukupnya.
·         Periksa anak dengan teliti untuk melihat sekiranya ada ruam kemerah-merahan atau bintik-bintik di kulit (di muka atau anggota badan).
·         Bagi mencegahnya gunakan kelambu apabila tidur dan pastikan tiada air bertakung di kawasan rumah kerana nyamuk akan membiak di situ.

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
·         Demam berpanjangan
·         Ruam kemerah-merahan
·         Tinggal di kawasan denggi dan anak demam
·         Jika disyaki atau bimbang anak menghidap demam denggi.

Komen: Demam denggi memerlukan rawatan cecair intravena untuk memastikan anak menerima cecair yang mencukupi. Pendarahan hanya akan berlaku kepada sebilangan kecil pesakit.

Demam

Demam ialah salah satu daripada tanda atau gejala penyakit dan bukannya sejenis penyakit. Anak dikatakan demam jika suhu badannya meningkat. Peningkatan suhu badan ini bersebab daripada reaksi sel-sel di dalam badan terhadap kuman yang menjangkitinya.

Suhu badan biasa yang diambil dengan menggunakan termometer ialah di antara 36 darjah celcius hingga 37 darjah celcius. Suhu naik turun mengikut masa (rendah pada waktu pagi dan tinggi waktu petang), tahap kegiatan anak, umur, jenis makanan, pakaian dan suhu sekeliling.

Suhu anak yang demam selalunya di antara 38 darjah celcius hingga 40 darjah celcius. Suhu tinggi ini sahaja tidak akan merosakkan otak anak. Kebanyakkan demam disebabkan oleh jangkitan virus.

Tanda-Tanda
·         Muka dan badan panas
·         Muka merah
·         Pernafasan yang cepat
·         Berpeluh dan menggigil
·         Menangis

Cara-Cara Menyukat Suhu Badan Anak
·         Untuk anak yang kurang daripada 5 tahun, termometer diletakkan di bawah ketiak selama 3 - 4 minit. (Suhu ini ialah 0.5 darjah celcius kurang daripada suhu di dalam mulut)
·         Untuk anak yang berumur 6 tahun ke atas, letakkan termometer di tepi atau di bawah lidah dan biarkan selama 3 minit. (Beritahu anak supaya jangan menggigit termometer).
·         Termometer plastik tidak memberi suhu yang tepat.
·         Termometer merkuri mesti digoncang sebelum digunakan supaya merkuri turun ke tahap kurang daripada 36 darjah celcius.
·         Termometer digital mengeluarkan bunyi apabila cukup masa untuk membacanya.

Tindakan Ibubapa

·         Tujuan rawatan untuk demam ialah untuk membuatkan anak rasa selesa dan mengurangkan risiko kekurangan cecair di dalam badan anak.
·         Pakaikan anak dengan pakaian yang nipis berlengan pendek
·         Berikan ubat paracetamol dengan dos yang mencukupi tiap-tiap 4 - 6 jam jika suhu badan melebihi 38 darjah celcius. (Dos ubat ini ialah 15 - 20 mg/kg tiap-tiap 6 jam).
·         Lapkan air keseluruh badan anak jika demam tidak turun setelah satu jam diberi ubat demam. Jangan gunakan air sejuk atau ais kerana ini akan membuatkan anak menggigil dan meningkatkan lagi suhu badannya.
·         Pasang kipas untuk menurunkan suhu sekeliling anak dan untuk keselesaannya.
·         Beri anak minum secukupnya dan berikannya makan bubur supaya senang dihadamkan. Aiskrim atau jeli boleh diberi untuk menolong mengurangkan suhu badan anak.

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
·         Anak demam yang berumur kurang dari 6 bulan
·         Demam sederhana yang berpanjangan melebihi 3 hari
·         Demam tinggi yang melebihi 24 jam
·         Anak kelihatan tidak bermaya, keliru, enggan makan atau minum atau susah dikejutkan daripada tidur
·         Ruam atau tompok-tompok yang kelihatan apabila demam bermula
·         Nafas sesak
·         Untuk memastikan demam tidak disebabkan oleh penyakit-penyakit yang lebih berbahaya.

Komen :
Kebanyakkan demam disebabkan oleh virus yang tidak memerlukan rawatan antibiotik. Walau bagaimanapun, ubat antibiotik perlu diberikan dalam keadaan yang besar kemungkinan jangkitan bakteria berlaku.
Ubat paracetamol tidak patut diberikan lebih kerap daripada tiap-tiap 4 jam dan berterusan lebih daripada 3 hari tanpa anak diperiksa doktor. Penggunaan ubat ini secara berlebihan adalah berbahaya.
Ubat aspirin tidak lagi digunakan untuk kanak-kanak yang demam.
Salah satu daripada sebab demam yang jarang dikenali ialah jangkitan air kencing yang mungkin memerlukan pemeriksaan yang lebih lanjut.
Sawan demam berlaku dalam lebih kurang 3 peratus kanak-kanak sahaja apabila demam mereka terlalu tinggi.


Cirit Birit

Cirit birit terjadi apabila anak buang air besar beberapa kali sehari. Penyakit ini selalunya disebabkan oleh kuman virus tetapi terdapat sebab-sebab lain seperti kuman bakteria, parasit, ubat antibiotik yang berlebihan dan tidak tolerans terhadap susu. Cirit birit kerap terjadi pada anak yang menghidap selesema, sakit tekak dan jangkitan air kencing serta jangkitan-jangkitan lain yang melibatkan perut.

Bayi yang diberi susu badan lazimnya kerap membuang air besar iaitu 6 - 8 kali sehari. najisnya berwarna kuning dan tidak berbau busuk. Ini bukanlah cirit birit.

Cirit birit berbahaya apabila kekeringan atau dehidrasi berlaku. Jika kehilangan cecair melalui najis yang keluar melebihi kemasukkan air dan garam dari mulut dan usus, kekeringan akan berlaku.

Tanda-Tanda
·         Najis yang cair atau lembik lebih kerap daripada 3 kali sehari (kecuali bayi yang diberi susu badan)
·         Tanda-tanda kekeringan (dehidrasi) ialah mulut dan lidah kering, tiada air mata, mata cengkung, kurang bermaya, kurang kencing dan kadar jantung meningkat tinggi lebih daripada 120 kali seminit.
·         Muntah-muntah
·         Kawasan sekitar kemaluan dan dubur mungkin merah jika cirit birit berpanjangan

Tindakan Ibubapa
·         Terus memberi anak susu badan atau susu biasa tanpa mengurangkan sukatannya.
·         Jika anak tidak muntah, berikan cecair garam rehidrasi (ORS, gesolyte, oralyte) setiap kali anak cirit. Ikut sukatan yang disyorkan oleh pembuat.
·         Jika anak muntah-muntah, kurangkan susu dan cecair rehidrasi tetapi berikan lebih kerap daripada biasa. Cecair boleh diberi 1/2 hingga 1 jam selepas anak muntah.
·         Ambil suhu badan anak
·         Sapukan ubat krim petroleum jelly atau zink oksida di kawasan lampin anak jika duburnya merah.
·         Setelah satu dua hari, cecair ORS boleh diberhentikan.

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
·         Anak kelihatan kekeringan
·         Anak memuntahkan semua makanan dan cecair yang diberi. Muntah yang berterusan.
·         Kurang air kencing dan tidak bermaya
·         Kadar jantung dan pernafasan yang meningkat
·         Anak demam tinggi
·         Ada darah pada najis
·         Sakit perut dan menangis lebih daripada 30 minit.

Nota :
Ubat antibiotik dan ubat untuk cirit birit akan membuatkan cirit birit anak lebih teruk lagi. Ubat untuk memberhentikan cirit birit tidak patut diberikan kepada bayi.
Ada kalanya doktor anda akan menukar jenis susu kepada susu tanpa laktosa. Setelah 2 atau 3 minggu tanpa cirt birit, anak boleh minum susu biasa.
Susu kacang soya jarang sekali digunakan selepas cirit birit kecuali jika doktor pasti yang anak mempunyai alahan kepada protein di dalam susu biasa.

Campak

Campak ialah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus campak. Penyakit ini bermula dengan tanda-tanda selesema, batuk dan mata merah. Anak akan demam dan disusuli dengan timbulnya ruam merah. Ruam ini bermula di muka dan leher selepas 4 hari anak demam dan seterusnya keseluruh badan. Ruam ini berterusan sehingga seminggu. Campak adalah jangkitan kanak-kanak yang selalunya tiada kesan sampingan. Ia merupakan salah satu daripada penyakit kanak-kanak yang boleh dicegah dengan suntikan pelalian campak. Pelalian ini diberi ketika anak berumur 9 bulan.

Tanda-Tanda
·         Selsema, mata merah dan berair pada permulaan penyakit
·         Batuk dan demam
·         Ruam merah di muka dan merebak ke seluruh badan

Tindakan Ibubapa
·         Beri ubat paracetamol jika anak demam
·         Beri anak minum secukupnya
·         Jangan hantar anak ke sekolah
·         Sapukan losyen calamine untuk mengurangkan kegatalan

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
·         Tanda-tanda campak dikenal pasti
·         Kadar pernafasan anak melebihi 40 kali seminit
·         Batuk yang berpanjangan
·         Demam yang tidak reda sesudah diberi ubat
·         Anak tidak makan dan minum secukupnya
·         Anak kelihatan letih lesu, terlalu mengantuk atau muntah-muntah
·         Anak sawan

Komen : Anak yang menghidap campak boleh menjangkitkan orang lain sehari sebelum permulaan tanda pertama sehingga 4 hari selepas ruam timbul. Komplikasi-komplikasi campak termasuk pneumonia, jangkitan telinga dan sawan. Semua komplikasi campak boleh dielakkan dengan suntikan pelalian campak.

Penyakit beruam lain seperti roseola, rubela dan penyakit virus lain sukar dibezakan daripada campak. Dalam istilah Bahasa Melayu, perkataan campak merangkumi semua penyakit yang beruam ini.

Cacing

Kanak-kanak sering dijangkiti cacing. Ada banyak jenis cacing seperti cacing gelang, cacing kait, cacing cambuk dan cacing kerawit. Anak dijangkiti cacing apabila termakan telur-telur cacing yang halus yang terdapat di celah-celah kuku dan tangan mereka yang tidak dicuci sebelum makan. Telur cacing juga didapati dalam makanan yang tidak bersih. Cacing kait pula boleh masuk melalui kaki anak yang tidak berkasut. Cacing yang matang akan hidup di dalam usus anak dan memakan makanan yang ditelan oleh anak. Darah pun akan disedut dan lama-kelamaan anak akan menjadi pucat. Cacing boleh menjangkiti anak-anak yang tinggal di kampung-kampung dan juga di bandar-bandar. Amalan kesihatan yang baik akan menolong menghapuskan jangkitan cacing di kalangan kanak-kanak.

Tanda-Tanda
·         Kebanyakkan anak tidak mempunyai apa-apa tanda
·         Gatal di dubur, muntah cacing, najis bercacing (cacing kerawit, cacing gelang)
·         Pucat, letih lesu (cacing kait)

Tindakan Ibubapa
·         Basuh sayur-sayuran dan buah-buahan sebelum dimakan
·         Basuh tangan semasa menyiapkan makanan dan sebelum makan
·         Jauhkan anak daripada kawasan kotor, berlumpur dan bertanah
·         Jangan membiarkan anak berkaki ayam ketika berjalan atau bermain di luar rumah.

Rujukan Kepada Doktor
·         Untuk meminta nasihat
·         Mencari sebab-sebab lain mengapa anak pucat dan letih lesu

Komen : Kanak-kanak boleh diberi ubat cacing (seperti Combantrin, Zentel dsb) satu hingga dua kali setahun.

Cacar Air / Chicken Pox

Cacar air ataupun lebih dikenali sebagai Chicken Pox ialah penyakit yang disebabkan oleh virus. Penyakit ini senang berkangkit dan ditandai oleh ruam yang gatal dan berair di badan. Keadaan ini akan berlanjutan selama lebih kurang 2 minggu dan ia tidak berbahaya.

Tanda-Tanda
·         Demam yang sederhana
·         Ruam yang bermula dengan bintik-bintik merah dan menjadi lepuh dengan mengandungi cecair di dalamnya. Ruam ini kemudiannya menjadi kering dan berkuping
·         Ruam yang gatal ini terjadi dalam berbagai-bagai fasa pada sesuatu masa - bintik-bintik merah di satu kawasan dan ruam berair di kawasan lain. Kebanyakkannya di kawasan muka dan badan.

Tindakan Ibubapa
·         Beri anak paracetamol (jangan beri aspirin)
·         Sapukan ubat losyen calamine untuk mengurangkan rasa gatal. Jangan pecahkan ruam berair
·         Ajar anak supaya tidak menggaru ruam yang gatal. Potong kukunya atau dipakaikannya sarung tangan untuk mengurangkan jangkitan lain yang diakibatkan anak menggaru kulitnya
·         Lihat ruam tiap-tiap hari dan awasi suhu badan anak
·         Jauhkan anak daripada kanak-kanak lain sehingga kuping hilang

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
·         Ruam dijangkiti kuman - merah dan bernanah
·         Demam tinggi berterusan selepas ruam menjadi berkuping
·         Demam tinggi dengan sakit kepala serta muntah, anak keliru dan sawan
·         Kegatalan yang tidak kurang walaupun setelah disapu losyen calamine boleh diubati dengan ubat gatal yang didapati dengan ubat gatal yang didapatkan daripada doktor

Komen : Selagi ruam berair masih wujud, anak boleh menjangkitkan orang lain. Apabila ruam kering, penyakit tidak lagi berjangkit. Datuk dan nenek yang tidak pernah menghidap cacar air mesti menjauhkan diri daripada pesakit. Cacar air berlaku sekali sahaja dalam hayat hidup seseorang.

Ubat untuk cacar air / chicken pow boleh didapati di klinik-klinik yang berdekatan dengan anda. Ubat ini dapat membunuh virus ini dari merebak keseluruh badan. (Sebaiknya ubat ini diambil secepat mungkin)

Buah Zakar Tak Turun

Buah zakar bayi lelaki yang baru lahir biasanya berada di dalam skrotum (pundi-pundi buah zakar). Sebilangan kecil bayi dilahirkan tanpa buah zakar di dalam skrotumnya. Sebilangan lagi buah zakarnya terletak di atas skrotum berhampiran dengan zakar.

Tanda-Tanda
·         Buah zakar tiada di dalam skrotum
·         Pundi-pundi buah zakar terlibat kelihatan kecut
·         Keadaan ini selalunya dikenalpasti apabila anak diperiksa sebelum pulang dari hospital tempat ia dilahirkan.

Tindakan Ibubapa

·         Ibubapa harus memastikan semua anak lelaki yang baru lahir mempunyai dua biji buah zakar yang terletak di dalam skrotum.

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila

·         Semua bayi lelaki yang tidak mempunyai buah zakar atau kedudukannya yang agak tinggi di skrotum perlu dirujukkan kepada doktor. Ini adalah kerana pembedahan untuk menurunkan buah zakar ke dalam skrotum perlu dilakukan.

Komen : Jika buah zakar tidak turun ke dalam skrotum, ia akan kecut dan boleh mengakibatkan barah.

Bronkiolitis

Bronkiolitis merupakan jangkitan virus terhadap saluran pernafasan kecil yang dipanggil bronkiol. Ia sering terjadi pada kanak-kanak yang berumur kurang daripada setahun. Saluran pernafasan ini akan mengecut akibat lendir yang dihasilkan oleh sel-sel bronkiol. Pengecilan saluran pernafasan ini boleh menyebabkan anak sakit tenat dan memerlukan rawatan di hospital. Kanak-kanak akan beransur pulih dalam tempoh masa 3 hingga 10 hari.

Tanda-Tanda
·         Umur kurang daripada setahun
·         Batuk, kadar pernafasan yang cepat (lebih 60 kali seminit), nafas berbunyi
·         Demam, selsema, enggan makan atau minum

Tindakan Ibubapa
·         Galakkan anak minum secukupnya
·         Sukat suhu badan anak setiap 6 jam dan beri ubat paracetamol jika anak demam.
·         Jangan merokok kerana ini akan membuatkan jangkitan ini lebih teruk.

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
·         Bayi yang dilahirkan pramasa mempunyai tanda-tanda di atas
·         Bayi menghidap sakit jantung berlubang
·         Demam lebih daripada 38 darjah selsius
·         Kurang daya makan atau minum, muntah-muntah
·         Kelihatan semput, pernafasan yang semakin sesak, kurang aktif
·         Anak menjadi biru atau berhenti bernafas adalah tanda yang serius, hantar anak ke hospital dengan segera.

Komen : Bayi yang berumur kurang daripada 6 bulan harus dijauhi daripada sesiapa yang menghidap selsema atau demam. Ini akan mengurangkan risiko jangkitan virus terhadap bayi tersebut. Risiko menghidap bronkiolitis juga dapat dikurangkan jika bayi diberi susu badan.

Bisul

Bisul ialah jangkitan kulit yang mengandungi nanah. Jangkitan ini berlaku apabila kuman termasuk ke dalam kulit. Apabila nanah keluar jangkitan boleh merebak ke sekitar badan ataupun kepada orang lain. Anak yang kerap dijangkiti bisul mungkin terjangkit daripada orang lain (seperti ibubapa) yang membawa kuman penyebab pada hidung atau kulit mereka. Pembawa kuman ini tidak semestinya ada bisul

Tanda-Tanda
·         Bisul yang merah dan sakit
·         Kawasan tengah bisul menjadi putih dan nanah keluar apabila pecah dalam masa 4 - 7 hari.

Tindakan Ibubapa
·         Jangan pecahkan bisul kerana ini akan merebakkan kuman
·         Basuh bisul dengan air dan sabun sekurang-kurangnya 2 kali sehari
·         Sapukan ubat krim magnesium sulfat (yang boleh dibeli daripada farmasi) supaya bisul "masak" lebih awal lagi.
·         Apabila bisul pecah, bersihkan kawasan bisul dan gunakan Eusol atau antiseptik lain sehingga ia kering
·         Tutup bisul dengan pembalut kasa (gauze) atau kain bersih yang dibasahkan dengan Eusol atau antiseptik.

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
·         Anak demam dan terdapat banyak bisul
·         Bisul di kawasan antara kedua-dua belah mata dan mulut
·         Umur anak kurang daripada 2 tahun
·         Bisul yang besar dan dalam

Komen : Bisul yang kerap berlaku pada seseorang anak mungkin disebabkan oleh:
Kuman Staphylococcus yang terdapat di dalam hidung ibubapa, penjaga atau adik beradik pesakit
Kurang daya tahan (imuniti) anak terhadap kuman berkenaan
Tanpa rawatan, bisul yang terdapat di kawasan muka berkemungkinan merebak ke otak.

Biliari Artesia

Perkataan "biliari" bermakna saluran daripada hepar (hati) ke usus kecil, dan "artesia" bermakna saluran itu tersumbat sejak lahir lagi. Penyakit ini merupakan salah satu daripada sebab-sebab jaundis (sakit kuning) yang berpanjangan sehingga 2 minggu selepas bayi dilahirkan. Ramai ibubapa menganggap jaundis itu biasa dan tidak faham bahawa jaundis yang berpanjangan mesti dirawat dengan pembedahan tetapi pembedahan itu mesti dilakukan sebelum bayi berumur 8 minggu untuk berjaya tanpa kesan sampingan yang berpanjangan.


Tanda-Tanda
·         Jaundis berpanjangan (melebihi 2 minggu selepas dilahirkan)
·         Air kencing pekat (berwarna seperti teh-O)
·         Najis berwarna pucat
·         Perut membesar disebabkan oleh hepar (hati) yang bengkak.

Tindakan Ibubapa
·         Periksalah najis bayi yang dijangkiti jaundis. Pastikan ia berwarna kuning atau hijau
·         Semua bayi yang masih kuning pada hari ke 14 mesti diperiksa oleh doktor, lebih-lebih lagi jika najisnya menjadi pucat
·         Susu badan masih boleh diberi kepada bayi

Komen : Beberapa ujian darah dan air kencing perlu dilakukan sebelum diagnosis biliari artesia dibuat. Sebab-sebab jaundis yang berpanjangan lain akan juga difikirkan oleh doktor sebelum pembedahan dilakukan. Kerapkali pemeriksaan semasa pembedahan yang "intraoperative cholangiography" (disebut sebagai kolangiografi) dapat menentukan diagnosis dengan tepat. Jika pembedahan dilakukan lebih daripada 6 - 8 minggu, hati anak akan terus rosak. Pemindahan hati mungkin perlu jika pembedahan asal lambat dilakukan dan kegagalan hati berlaku.


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again