BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Korunk memang best..tqqqq

Friday, November 11, 2011

Akhir2 ni terasa cam tak selesa je kat dada...aku pun tak sure ni pedih ulu hati ke apa..mungkin gak kot..tapi takde kronik sgt...so aku serve la internet mencari penyelesaian..sekurang2nya dpt melegakan sedikit...





Sakit atau rasa tidak selesa adalah lumrah yang harus dialami oleh semua wanita hamil. Alahan, sakit belakang, sembelit, pening kepala dan sebagainya merupakan antara simptom yang tidak boleh dielakkan.

Meski pun begitu, kehamilan adalah salah satu tempoh yang cukup menggembirakan buat semua wanita dan mereka akan melupakan semua kesakitan tersebut sejurus melihat wajah comel lahir ke dunia.

Semua ketidakselesaan yang dialami adalah disebabkan perubaha dari segi fizikal, hormon dan emosi. Salah satu ketidakselesaan yang banyak dialami oleh wanita hamil adalah masalah pedih ulu hati yang disebabkan peningkatan paras hormon estrogen dan progesteron.

Perubahan hormon ini juga menyebabkan mood berubah terutama ketika trimester pertama dan terakhir.

Sebanyak 10% wanita mengandung terdedah kepada kemurungan kehamilan. Simptom termasuk sukar memberi tumpuan dan tidur, letih melampau, cepat marah dan kerisauan. Dalam keadaan ini, wanita hamil memerlukan sokongan daripada suami dan keluarga serta perlu sentiasa positif.

Apakah Pedih Ulu Hati?

Hampir 75% wanita hamil mengalami pedih ulu hati. Ia berlaku apabila kandungan dalam perut ditolak kembali ke esofagus (saluran makanan) menyebabkan ia dalam keadaan terapung (reflux), lalu mengganggu lapisan lembut dalam saluran tersebut.

Bagi wanita hamil, peningkatan hormon kehamilan menyebabkan otot sfinkter esofagus bawah (lower esophageal sphincter - LES) mengendur antara esofagus dan perut. Tekanan di dalam abdomen yang meningkat sejajar dengan perkembangan bayi menyebabkan kandungan perut mudah ditolak semula ke esofagus.

Mereka yang mengalami pedih ulu hati akan berasa pedih pada bahagian atas dada, perut tidak selesa, sukar menelan, kandungan makanan ditolak kembali, rasa pahit atau asid dalam mulut.

Pedih ulu hati yang kronik boleh mengganggu tidur dan menjejaskan selera makan.



Untuk mengelakkan atau mengurangkan rasa tidak selesa ini, amalkan tips berikut :

  • Makan dalam kadar yang sedikit tetapi kerap. Sentiasa bawa bersama anda bekalan biskut kering atau mungkin buah seperti kurma.
  • Makan secara perlahan-lahan.
  • Jangan minum sambil makan air. Minum selepas makan, dalam kuantiti yang sedikit.
  • Elakkan makanan-makanan yang pedas.
  • Elakkan makanan yang berasid seperti jeruk, tomato dan cuka.
  • Elakkan minuman berkafein seperti kopi, teh dan air kola.
  • Elakkan merokok dan minuman beralkohol. Ia juga tidak baik untuk bayi.
  • Jangan baring sekurang-kurangnya sejam selepas makan.
  • Jika berbaring, tinggikan kepala dan dada daripada kaki/perut.
  • Jangan memakai baju yang ketat terutama di bahagian perut dan pinggang kerana ia meningkatkan tekanan pada perut anda.
  • Minum minuman berhalia. Anda boleh buat sendiri dengan merebus halia dan letakkan gula secukup rasa jika suka.
  • Makan chewing gum. Kandungan bicarbonate dalam chewing yang beralkali akan meneutralkan keasidan dalam perut.
  • Jika ingin tunduk, jangan tunduk dengan membengkokkan pinggang. Cara yang sesuai, bengkokkan lutut.
  • Jumpa doktor untuk preskripsi ubat untuk pedih ulu hati. biasanya Dr akan bg ubat antacid.


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

0 comments: