BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Korunk memang best..tqqqq

Sunday, April 29, 2012

Burger Malaysia


After 4 days test market kat Phileo tu..kitorg decide utk tambah kuih jenis lain lak..actually tak byk pilihan sbb kat sana kebanyakan yg biasa2 dah ada..so kali ni aq buat burger malaysia lak...cam biasa resepi cedok dr internet..senang kan..so aq buat sekilo tepung..dapat 40 biji...yg penting habis jugak kuih ni di jual..hehe...so aq nak tempek jugak resepinya di sini...

Resepi Burger Malaysia

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • *200g tepung gandum
  • *140ml susu/ air
  • *2 sudu besar butter/margerin
  • *2 1/2 sudu besar gula halus
  • *1/2 sudu kecil garam
  • *2 sudu kecil dry yeast
  • minyak untuk menggoreng
  • - sambal ikan bilis
  • - timun

Cara-cara

  1. Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
  2. Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
  3. Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
  4. Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis 
Lum expert lg nak membentuk..:-P..siap utk dihantar ke kedai..


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Saturday, April 28, 2012

Tepung Pelita

Hari ni fikir punya fikir nak buat kuih apa...terjumpa la resepi tepung pelita..memandangkan aq memang dah sediakan semua jenis tepung lam rumah ni..so dapatla aku try resepi ni...ok ku tempekkan je la resepinya di sini..

Resepi Tepung Pelita

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
  • 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
  • 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
  • sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara

  1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
  4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  7. Sejukkan 


***Tips: Untuk meratakan permukaan yg putih tu..boleh la di kukus sebentar kuih ni...so jd cantik dan berkilat..yg ni aku malas nak kukus2 balik...jimat gas..huhu


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Projek buat kuih

Memandangkan aku suka cari2 resepi lam internet dan mencuba bermacam2 jenis kuih...walaupun kekadang tu aku sorang je makan..huhu..hbku teramatla cerewet orangnya..masakan dia je yg sedap...org lain mmg susah la nak sedap kat tekak dia..mak dia punya masak pun dia tak pandang..takde istilah air tangan mak ok utk dia ni..hehe...ok..panjang lak tukang karut lam citer ni...so hari ni aku start buat pulut panggang utk letak kat kedai mamak kat phileo damansara..kat ofis my hb la...dah lama aku dok suruh dia tanya mamak tu..penat dah aku suruh..agaknya dia pun penat dgr aku berleter dia pun tanya la mamak tu leh ke letak kuih...so 18.4.12 bermula la episod penjualan kuih ku...agak memenatkan jugak la bg aku yg ada baby umo 3 bln...so projek ku hanya boleh bermula selepas Amanda tidur...biasanya mlm dia tidur tak bangun sampai pagi..tp nak tidur tu bukannya senang..huhu...tgk keadaan kadang2 kul 1..anyway aku berusaha utk menyelesaikan projekku dgn jayanya..malam aku tak tidur..siangnya lepas anak2 dah ke sekolah brlah aku tidur..lepas dah selesaikan basuh baju jemur baju..kul 11 aku bangun sbb zarel dah nak balik.....First day aku buat pulut udang 30 biji..tak sangka habis lak kuihku...2nd day aku buat inti serunding ikan..hbku yg nak sgt walaupun aku sendiri tak suka...mmg tak mendapat sambutan pun...ok...so aku buat inti udang je...mmg itu yg org suka suki..

Resepinya ku tempekkan di sini walaupun bersepah lam internet..apa salahnya menyepahkan lagi resepi ni kan...

Pulut Panggang / Pulut Udang

3oogm beras pulut yang telah direndam selama 4 jam
200ml santan kelapa (saya guna 100ml santan kotak + 100ml air)
1/4 tsp garam
daun pisang secukupnya-dibersihkan dan dilayur

Cara-caranya

  1. Kukus beras pulut sehingga masak
  2. Santan dicampurkan dengan garam dan dimasukkan kedalam bekas
  3. Masukkan pulut yang telah dikukus panas-panas kedalam bekas santan dan gaulkan dengan santan sehingga sebati dan ketepikan.
Inti

Bahan-bahannya:

1 tbsp minyak
4 bawang merah
3 ulas bawang putih
50gm udang kering @ 100gm udang hidup-dipotong
1/2 biji kelapa parut
6-8 biji cili kering
1 batang serai
1/2 tsp jintan manis

1 tsp garam
2 tsp gula pasir
sedikit air untuk blend

Cara membuat inti
  1. Blend cili kering, bawang merah, bawang putih, serai, jintan sehingga halus.
  2. Gaulkan bahan yang diblend dengan kelapa parut. Masukkan garam, gula dan udang. Gaul rata.
  3. Panaskan minyak dan masukkan kelapa. Goreng sehingga masak dan kering air.
  4. Angkat dan sejukkan.

    CARA MEMBUNGKUS PULUT PANGGANG 
    Daun pisang dilap dengan kain dan dilayur diatas api perlahan. Kerat daun kelapa sebesar 1 1/2 tapak tangan (agak-agaklah ye....cukup untuk bungkus pulut). 
    Letakkan 2 sudu pulut atas daun pisang dan ratakan. Masukkan inti secukupnya. 
    *****Actually aku masak pulut pakai rice cooker je..letak air sama paras dgn pulut..nak lebih pun sikittt je airnya...past intinya aku buat 3 biji kelapa sekaligus..ikut adunan ni jugak di kali X kan..so leh letak inti lam freezer..senang kejeku hari2 cuma masak pulut dan panaskan je inti..jimat gas jugak..hehe



Pulut yg belum di panggang

 
Dah siap utk di bawa ke kedai..harga kat Phileo 60sen



TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Friday, April 20, 2012

Selamat Tinggal Careerku..huhu

Dah lama tak update blog..takde masa sebenarnya walaupun dah bergelar SAHM ni...5/4/2012 adalah last day aq keje kat Q-dees dan last day juga utk career ku sebagai orang akaun..kerjaya yg dari sekolah menengah menjadi impian dan minatku...sejak lepas SPM mmg target nak ambik akaun, mmg dapat masuk u dgn Matrik Akaun then Degree Akaun..since 1999 ku bekerja dalam bahagian akaun membuat full set of accounts...dah 12 tahun ku abadikan diri dgn mengorbankan masa, memerah otak buat keje2 akaun..aku dah cukup puas hati dgn pengalaman yg ku dapat dan mmg takde rasa nyesal ke, sayang ke..nak tinggalkan kerjaya ku ini...rasa cam dah boring pun ada dok mengadap keje yg sama selama 12 thn...org yg paling tak puas hati dgn keputusan aku nak benti keje ni adalah mak aku sendiri..huhu..katanya buat apa belajar tinggi2 kalau nak jadi surirumah..lebih baik dr dulu lagi xyah pegi belajar...sejak dia marah pasal aku nak benti keje skrg hangin dgn aku agaknya..dah lama menyepi ...apepun keputusanku muktamad dan mmg tak dapat ditukar lg..aku bukan sesaja nak benti keje goyang kaki kat rumah..dah drag 2 thn dah keputusan ni..dan kini kehadiran Amanda mengconfirmkan aku benti keje...rasanya anak2 kat rumah lebih memerlukan aku..kalau keje kul 8 mlm br sampai rumah..kelam kabut dgn bg anak2 makan..kadang2 kul 9 br dpt makan...9.30 dah nak tido..keje sekolah mmg tak pernah ku jeling pun..mengaji apatah lg...

So sekarang aku dah boleh ambik anak2 balik sekolah, jaga makan minum diorg yg selama ni tak terjaga, ajar anak2 mengaji, ajar tuisyen dan akan kupastikan Qisti dapat 5A...dan Amanda juga dapat fully BF dgn jayanya dan targetku dah tentu2 2 thn..sedangkan Zarel dapat gak setahun lebih even aku keje...rasanya aku lebih puas hati dgn hidup yg camni...tanggungjawab pada anak2 harus ditunaikan..harap aku dapat melaksanakan tanggungjawabku dgn jayanya...harap2 pengorbananku berbaloi meninggalkan gaji yg beribu riban..agak la..haha..


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Tuesday, April 10, 2012

Shaklee

Tetiba lak title Shaklee..cam xde ape lak nak citer..promote shaklee ke..aku bukan dealer pun..nak gak jd dealer tp malas nak study camna...lgpun takde byk masa nak manage kot...tgk la nanti camna...actually masa lam pantang aku ambik trial set breast feeding...rasa cam best jek shaklee ni..first time aku try..selama ni tak pernah beli ape2 vitamin pun..nak BF punya pasal aku try not miss makan vitamin ni..huhu..trial set ku beli dr Che Rus..so kali ni rasa cam nak beli Vitalea dgn Alfalfa.sbb ku dah jatuh cinta dgn alfalfa ni...so after tepon Che Rus dia suruh ku beli sendiri dr Shaklee pakai no dia..boleh plak...ok jugak sebenarnya cuma Shaklee tak byk dan sekali lagi aku xde masa nak pegi...my hubby xde masa sebenarnya..keje keje keje...so aku order dr Huda Shaklee...terengganu....xde pack kecil alfalfa so aku belasah la yg besar...semalam order hr ni sampai la by courier..fr Subang jaya sebenarnya packing ni..so now aku tau dia kat Empire Subang..:-p


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again