Biasanya Jumaat ialah hari lepak bg aku kat ofis...time takde closing akaun dan salary...so hari ni byk bende yg aku dpt dgn bertenet...dapat jumpa brg2 2nd yg best2 dan murah2...1st thing yg aku dapat ialah beli baby cot warna putih idamanku dr Ida Setiawangsa...still cantik lg...malam ni br nak gi angkut..:-D excited lak nak tgk katil baby ni..malam nanti akan ku capture gambar sendiri lak..ni gambar dr Ida..
After lunch aku terjumpa blog Cik Ice...best sgt baca blog..ada article yg menarik minat aku so aku paste kat sini supaya senang buat rujukan nanti...
Diet Masa Pantang bagi ibu2 yg menyusu bayi
Ibu-ibu menyusukan bayi mengalami perubahan hormon yang drastik, sebab itu ibu yang breastfeeding baby ni cepat terasa lapar. So untuk mengatasi rasa lapar and at the same time tak mahu tambah kalori yang berlebihan dalam tubuh, ibu boleh mencuba simple meal seperti di bawah:-
- Oatmeal - Tiada siapa yang dapat menafikan kebaikan oat yang tinggi kandungan serat. Ia juga membantu meningkatkan bilangan susu badan dan mengenyangkan perut dalam masa yang sama..tapi ramai yang akan cakap..."tak lalu la nak makan oat" tapi bagi aku pulak kalau dah sayang anak, makan jadam pun sanggup....kita bukan hidup seorang ye ibu-ibu...kita sekarang dah hidup untuk anak2. so kena banyak berkorban. Baru namanya kasih ibu kan...
- Biskut Kraker - yang terbaik adalah yang tiada inti atau bukan dari butter base (biskut mentega). yang tawar tu lagi bagus. Biskut ni you all nak makan 1 tin pun takpe..amik yang whole meal lagi bagus.
- Kalau dah makan lebih dari 6 kali sehari, you guys kena start mengunyah buah2an. Tapi pastikan bukan durian yer...Dalam pantang buah tempatan is a big NO...NO....NO....Just buahan import. Yang terbaik adalah oranges (high vitamin C-bagus untuk luka) and red apple sahaja.
- Tak salah makan banyak bila lapar..tapi makan 6 kali sehari..Breakfast, Brunch, Lunch, Tea, Dinner and Supper. Breakfast, lunch and dinner makan proper food but in MINIMUM intake. Yang part brunch, tea and supper tu baru makan kudapan ringan seperti biskut or oat. dan waktu makan timing mesti konsisten. Kalau breakfast pukul 8, pukul 8 la mesti makan, jangan sekejap cepat sekejap lambat..sebab kalau badan dalam keadaan lapar berlebihan, kita akan makan berlebihan..
- And then bagi yang dalam pantang, kalau nak senang, breakfast tu buatlah Susu Madu Berbadam untuk tambahkan susu badan..
- Resepinya camni..:-
1 gelas susu segar
1 sudu besar badam kisar
1 sudu teh kismis kuning
3 biji kurma nabi
1 biji kuning telur ayam kampung (kuning sahaja, utk 2 minggu shj)
1 sudu besar madu
Blender semua dan minum...
- Untuk minuman pula, ibu2 boleh minum Milo, Horlick dan sekali sekala Kopi. Kopi tak boleh selalu sebab kandungan kafein yang tinggi dan sesiapa yang suka minum kopi, segala zat dalam badan akan hilang...so better choose Milo atau Horlick kurang gula.
So ibu-ibu tak perlu berlapar semata-mata nak kurus..dan jangan makan sampau tak ingat dunia semata-mata lapar..Ada caranya tapi apa pun takkan menjadi kalau TAK KONSISTEN dan TAK BERDISIPLIN...:-D
0 comments:
Post a Comment