BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Korunk memang best..tqqqq

Saturday, April 28, 2012

Projek buat kuih

Memandangkan aku suka cari2 resepi lam internet dan mencuba bermacam2 jenis kuih...walaupun kekadang tu aku sorang je makan..huhu..hbku teramatla cerewet orangnya..masakan dia je yg sedap...org lain mmg susah la nak sedap kat tekak dia..mak dia punya masak pun dia tak pandang..takde istilah air tangan mak ok utk dia ni..hehe...ok..panjang lak tukang karut lam citer ni...so hari ni aku start buat pulut panggang utk letak kat kedai mamak kat phileo damansara..kat ofis my hb la...dah lama aku dok suruh dia tanya mamak tu..penat dah aku suruh..agaknya dia pun penat dgr aku berleter dia pun tanya la mamak tu leh ke letak kuih...so 18.4.12 bermula la episod penjualan kuih ku...agak memenatkan jugak la bg aku yg ada baby umo 3 bln...so projek ku hanya boleh bermula selepas Amanda tidur...biasanya mlm dia tidur tak bangun sampai pagi..tp nak tidur tu bukannya senang..huhu...tgk keadaan kadang2 kul 1..anyway aku berusaha utk menyelesaikan projekku dgn jayanya..malam aku tak tidur..siangnya lepas anak2 dah ke sekolah brlah aku tidur..lepas dah selesaikan basuh baju jemur baju..kul 11 aku bangun sbb zarel dah nak balik.....First day aku buat pulut udang 30 biji..tak sangka habis lak kuihku...2nd day aku buat inti serunding ikan..hbku yg nak sgt walaupun aku sendiri tak suka...mmg tak mendapat sambutan pun...ok...so aku buat inti udang je...mmg itu yg org suka suki..

Resepinya ku tempekkan di sini walaupun bersepah lam internet..apa salahnya menyepahkan lagi resepi ni kan...

Pulut Panggang / Pulut Udang

3oogm beras pulut yang telah direndam selama 4 jam
200ml santan kelapa (saya guna 100ml santan kotak + 100ml air)
1/4 tsp garam
daun pisang secukupnya-dibersihkan dan dilayur

Cara-caranya

  1. Kukus beras pulut sehingga masak
  2. Santan dicampurkan dengan garam dan dimasukkan kedalam bekas
  3. Masukkan pulut yang telah dikukus panas-panas kedalam bekas santan dan gaulkan dengan santan sehingga sebati dan ketepikan.
Inti

Bahan-bahannya:

1 tbsp minyak
4 bawang merah
3 ulas bawang putih
50gm udang kering @ 100gm udang hidup-dipotong
1/2 biji kelapa parut
6-8 biji cili kering
1 batang serai
1/2 tsp jintan manis

1 tsp garam
2 tsp gula pasir
sedikit air untuk blend

Cara membuat inti
  1. Blend cili kering, bawang merah, bawang putih, serai, jintan sehingga halus.
  2. Gaulkan bahan yang diblend dengan kelapa parut. Masukkan garam, gula dan udang. Gaul rata.
  3. Panaskan minyak dan masukkan kelapa. Goreng sehingga masak dan kering air.
  4. Angkat dan sejukkan.

    CARA MEMBUNGKUS PULUT PANGGANG 
    Daun pisang dilap dengan kain dan dilayur diatas api perlahan. Kerat daun kelapa sebesar 1 1/2 tapak tangan (agak-agaklah ye....cukup untuk bungkus pulut). 
    Letakkan 2 sudu pulut atas daun pisang dan ratakan. Masukkan inti secukupnya. 
    *****Actually aku masak pulut pakai rice cooker je..letak air sama paras dgn pulut..nak lebih pun sikittt je airnya...past intinya aku buat 3 biji kelapa sekaligus..ikut adunan ni jugak di kali X kan..so leh letak inti lam freezer..senang kejeku hari2 cuma masak pulut dan panaskan je inti..jimat gas jugak..hehe



Pulut yg belum di panggang

 
Dah siap utk di bawa ke kedai..harga kat Phileo 60sen



TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

0 comments: