BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Korunk memang best..tqqqq

Sunday, July 22, 2012

Jenis-jenis Tanda Lahir Pada bayi

Jenis-jenis Tanda Lahir Pada Bayi


Mogngolian spots


Cafe-au-liat



Port Wine Stain



Hemangioma





Macular stains pada kelopak mata kanan atas


Tanda lahir (Birth marks) boleh di bahagikan kepada 2 jenis:

A. Tanda lahir Vaskular :Tanda lahir ini terjadi apabila salur darah tidak terbentuk dengan sempurna. Terdapat 3 jenis tanda lahir vascular
i - Macular Stains: Tanda lahir yang paling kerap kelihatan. Biasanya terdapat pada bahagian dahi, kelopak mata, belakang leher, hidung, atas bibir atau pada bahagian belakang kepala. Biasanya tanda lahir jenis ini akan hilang apabila bayi itu mencapai umur 1 atau 2 tahun.

ii - Hemangioma : Tanda lahir jenis ini selalunya timbul dan boleh jadi kemerah-merahan atau bebiru-biruan bergantung kepada jenis salur darah yang terlibat. Hemangioma selalunya akan makin membesar untuk 6 bukan pertama dan biasanya akan mengecut apabila kanak-kanak tersebut mencapai umur 5- 9 tahun. Jika hemangioma ini besar dan melibatkan bahagian seperti mulut atau hidung maka rawatan perlu dilakukan bagi mengecutkannya supaya tidak mengganggu fungsi organ tesebut.
iii- Port Wine Stains - Tanda lahir jenis ini selalunya belaku pada bahagian muka dan bebeza dari segi saiznya. Ia seperti berbentuk air wain merah yang tertumpah (port wine stains). Jika ia berlaku dekat pada bahagian mata ujian lanjutan perlu dilakukan untuk memastikan tiada komplikasi pada organ tersebut.
B. Tanda Lahir Berpigment (Piegmented Birthmarks): Tanda lahir ini terjadi apabila sel-sel yang menyebaban pigment (warna kulit) pada kulit berkembang lebih daripada normal (Overgrowth). Ia boleh dibahagikan kepada 3 jenis:
i- Cafe-au-liat spotsKerap berlaku dan warnanya adalah seperti kopi ditambah susu (seperti namanya). Boleh terdapat di mana-mana sahaja bahagian tubuh. Walaubagaimanapun jika terdapat banyak tanda ini dan saiznya yang besar maka perlu mendapat pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada kaitan dengan penyakit tertentu seperti penyakit saraf Neurofibromatosis.
ii - Mongolian spots - Bewarna kebiru-biruan atau kelabu. Kerap terdapat pada bahagian belakang atau punggung bayi. Selalunya akan hilang sepenuhnya tanpa memerlukan rawatan khusus.
iii - Moles (Tahi lalat) - Ia boleh bewarna perang atau hitam. Boleh rata atau timbul dan terdpat juga yang mempunya rambut atau bulu. Jika ia besar ia memerlukan pemeriksaan susulan bagi memastikan ia tidah bertambah besar atau berubah warna kerana terdapat risiko untuk menjadi kanser kulit (melanoma) jika ia berkeadaan demikian.


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

0 comments: