BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Korunk memang best..tqqqq

Saturday, September 15, 2012

Amanda jatuh katil

Biasanya Amanda tidur bertemankan mummynya ni...selalunya mummy akan bertenet ataupun tido je..tapi di sebabkan hr ni hari sabtu dan ada daddy, nak kena bebella kan kalau mummy pun melentok sama...so lepas amanda tido aku letakkan bantal panjang di kedua sisi dia...takut jatuh sbb dia ni mmg cepat betul sampai hujung katil biasanya...dan dia ni mmg pantang xde mummy kat sebelah....so aku turun lipat kain...tak sampai 10 minit pun..rasa cam 5 minit je pun...lgpun Adelia br siap mandi so aq rasa kakak dia leh tgk2..xde lak aku pesan....tetiba dgr dia nangis kuat..terfikir gak apsal nangis lak..biasanya bgn tido tak nangis...tp fikir saje kot..tetiba hubby ckp jatuh kot...aku pun naik atas...mmg nak naik pun sbb dia dah bangun...nampak Adelia dah pegang dia so aq pun ambik dia...tak nangis kuat pun...tetiba anakku ckp nape amanda kat bawah lantai...aduhhh...terus rasa cam jantung tersentap je..risaunya aku..ku belek2 kepala dia xde ape..ada 2 botol air dihujung katil, tak jatuh pun...tapi tgk dia xde ape pun..nangis pun kejap je...ya allah selamatkan dia...rasanya xde ape kot...len kali kena lebih berhati2...masalahnya bantal langsung tak terusik..camna la dia leh sampai hujung kaki katil...huhu...sian amanda...harap2 dia jatuh atas karpet yg ciput kat hujung katil tu...huhu...taknak la tinggal dia lg..biarla rumahku bersepah...lepas tu aq ada search di internet tentang baby jatuh2 ni..so aq kongsikan di sini utk panduanku di masa akan datang dan juga panduan utk kengkawan semua...


*************
Pada umur anak 5 bulan ke atas si manja anda sudah boleh bergolek2 jadi perlu pengawasan yg lebih supaya si manja anda tidak terjatuh.

Jika si manja anda terjatuh tanda2 berikut perlu di pantau dan jika terdapat tanda2 tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan

Semua tanda2 yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh.

Article ini juga ku ambil dari sebuah blog, mohon share ye..

Apakah jenis jatuhan yang perlu kita risau?
Keadaan paling biasa adalah bayi jatuh katil, sofa, kerusi kereta bayi atau stroller.. Semua ini biasanya melibatkan ketinggian setakat 1 ke 2 kaki.. Dan biasanya jatuhan jenis ini tidak melibatkan kecederaan yang serius walaupun jatuh pada lantai yang keras…

Kadang-kadang objek seperti lampu atau bakul jatuh ke atas bayi.. Keadaan ini juga jarang melibatkan kecederaan yang serius..

Bayi yang sudah berjalan dan berlari pula kerap melanggar sesuatu sewaktu berlatih kemahiran baru ini.. Biasanya ia juga tidak melibatkan kecederaan yang serius kecuali jika ada luka yang memerlukan jahitan.

Satu lagi jenis jatuhan yang biasa berlaku adalah bayi jatuh sewaktu didokong oleh orang dewasa..

Sekiranya orang dewasa tersebut sedang berlari dan jatuh menimpa bayi, ini boleh menyebabkan kecederaan serius.

Tetapi sekiranya orang dewasa tersebut berjalan dan bayi terjatuh, biasanya bayi tidak mengalami kecederaan yang serius.

Jatuhan dari ketinggian melebihi 3 kaki seperti meja, kabinet dapur, almari boleh menyebabkan kecederaan yang serius, terutamanya jika jatuh ke atas lantai yang keras.

Apa yang perlu dilakukan jika bayi jatuh?
1. Pujuk anak anda. Bertenang dan tidak panik. Adalah lebih mudah untuk menilai tahap kecederaan anak apabila anda dan anak berada dalam keadaan tenang.
2. Jangan telefon kecemasan atau berkejar ke hospital. Belum lagi!
3. Periksa kepala, otot dan badan anak untuk sebarang luka, lebam, bengkak, calar atau sebarang perubahan yang tidak normal. Buka seluruh baju anak untuk memudahkan anda memeriksanya. Jika anda tidak menemui sebarang luka, lebam atau bengkak pada kepala dan badan anak, kemungkinan besar tidak ada apa yang perlu anda risaukan.
4. Jika anda mengesan luka, lebam atau perubahan yang tidak normal, atau anak anda kelihatan lemah untuk jangka masa yang lama segeralah ke hospital berdekatan.
5. Periksa juga kecederaan kepala..

Apakah tanda-tanda anak mengalami kecederaan kepala sewaktu jatuh?
1. Pengsan atau pitam.. Walaupun 1 minit…
2. Muntah..
3. Keadaan mental yang tidak normal..
4. Tidak stabil apabila berjalan..
5. Menangis berpanjangan..
6. Anak mengadu sakit kepala..
7. Tanda-tanda pada mata seperti juling, anak mata tidak sama saiz, kelakuan seperti melanggar sesuatu atau trip apabila berjalan/ berlari..
8. Untuk anak yang lebih besar, mereka mungkin komplen penglihatan kabur atau double..



TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

0 comments: