BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Korunk memang best..tqqqq

Wednesday, April 27, 2011

4 perubahan pemakanan untuk mengandung

Article ni saya petik dari website Srikandi Mama...saje paste kat sini utk panduan diri sendiri dan juga pembaca..

Pernahkah anda terfikir bahawa tabiat pemakanan sebelum mengandung penting? Saya ingat hanya pengambilan ubat saja yang perlu diambil berat sebelum mengandung. Tapi, hakikatnya pemakanan bakal ibu juga sgt penting.
Persediaan untuk mengandung merangkumi tabiat pemakanan adalah seperti 4 perkara berikut:

1) Amalkan diet yang baik
  • Tabiat pemakanan yang baik perlu bagi pasangan suami dan isteri kerana ia mempengaruhi kesuburan kedua-dua belah pihak.
  • Pemakanan yang seimbang penting untuk meningkatkan peratusan untuk mengandung dan memperolehi bayi yang sihat.
  • Amalkan setiap hari memakan beberapa hidangan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, yoghurt dan keju. Sesetengah vitamin dan mineral seperti vitamin C dan E, zink dan asid folik, penting untuk membentuk sperma yang sihat dan berkualiti.
  • Kekurangan sumber nutrien dalam badan boleh mempengaruhi kitaran haid yang mengakibatkan kesukaran untuk meramal masa subur (ovulasi).
  • Kekurangan berat badan yang drastik dan obesiti boleh megakibatkan ovulasi tidak berlaku.
2) Perkara yang perlu dielakkan
  • Tinggalkan tabiat merokok, meminum alkohol, pengambilan dadah dan ubat-ubatan (Kecuali dengan nasihat doktor. Maklumkan kepada doktor yang anda merancang untuk hamil supaya boleh diberikan ubat yang bersesuaian). Kesemua komponen tersebut boleh mengganggu perkembangan fetus.
  • Kurangkan kadar pengambilan kafein dalam diet seperti kopi. Pakar bersetuju bahawa pengambilan kafein yang kurang daripada 300 mg sehari (bersamaan dengan 3 cawan kopi) tidak akan mempengaruhi kesuburan. Walau bagaimana pun, terdapat doktor yang mencadangkan supaya pengambilan kafein dihentikan terus untuk mengelakkan risiko.
  • Terdapat beberapa jenis ikan mepunyai kandungan merkuri yang tinggi. Merkuri boleh berkumpul di dalam badan anda dan kekal melebihi setahun di mana ia adalah merbahaya bagi bayi anda. Elakkan memakan ikan yang mengandungi tinggi kadar merkuri seperti jerung, todak dan makerel semasa anda mencuba untuk mengandung. Sebaliknya, makan ikan rendah kandungan kalori seperti salmon dan tuna.
  • Daging yang diproses (daging dalam tin, rendang segera, daging salai), sushi mentah dan produk susu tidak dipasteur (keju lembut) harus dielakkan kerana berkemungkinan terdapat bakteria merbahaya seperti Listeria yang boleh mengakibatkan listeriosis (jangkitan disebabkan Listeria) Jangkitan ini boleh mengakibatkan keguguran dan kelahiran pra-matang. Pastikan makanan anda dipanaskan dengan betul untuk mengelakkan listeriosis.
3) Pengambilan suplemen vitamin dan mineral
  • Pengambilan vitamin dan mineral memastikan anda memperolehi asid folik dan nutrien lain untuk meningkatkan kemungkinan anda mengandung. Pastikan anda mengambil suplemen yang dikhaskan untuk bakal ibu kerana terdapat banyak suplemen yang mempunyai dos tinggi yang boleh memberikan impak buruk pada perkembangan bayi.
  • Pengambilan asid folik telah terbukti dapat mengurangkan risiko ‘spina bifida’ (kecacatan salur neural melibatkan pembentukan saraf tunjang yang tidak sempurna), serangan jantung, kanser dan kencing manis pada bayi. Jumlah minimum yang perlu bagi pengambilan asid folik ialah 400 mikrogram sehari. Jika anda mempunyai latar belakang keluarga yang mempunyai kecacatan salut neural, doktor berkemungkinan mencadangkan pengambilan 4000 mikrogram sehari, bermula sekurang-kurangnya sebulan sebelum mengandung sehinggalah trimester pertama kandungan. Suplemen prenatal yang baik seharusnya mengandungi lebih daripada cadangan minimum asid folik, diantara 600-800 mikrogram.
  • Sebagai tambahan, makan makanan yang kaya dengan folate seperti sayuran hijau (bayam), buah-buahan sitrus, kekacang, bijirin, roti dan bijiran yang diperkaya. Asid folik merupakan vitamin larut air, maka badan anda akan membuang yang berlebihan jika anda mengambilnya terlalu banyak. Walaubagaimana pun, pastikan anda masak sayur-sayuran dengan menggunakan jumlah air yang sedikit bagi mengelakkan pembaziran asid folik terlarut dalam air.
4) Dapatkan berat badan yang ideal
  • Kurangkan berat badan jika anda obes dan naikkan jika anda terlalu kurus. Anda perlu mempunyai berat badan bersesuaian dengan julat BMI anda.
  • Terlalu gemuk atau kurus akan menyebabkan kesukaran untuk mengandung.
  • Wanita obes yang mengandung mempunyai risiko mendapat kencing manis dan darah tinggi serta mengalami komplikasi kelahiran.
  • Wanita yang terlalu kurus pula berkemungkinan melahirkan bayi yang kurang berat badannya.
  • Rancang pemakanan yang sihat dengan makanan yang tinggi fiber dan rendah lemak serta mulakan rutin bersenaman. Jika anda obes, target untuk turunkan berat badan ½-1 kg seminggu. Penurunan berat badan yang ekstrem boleh mengurangkan stor nutrient dalam badan yang bukannya cara yang sihat untuk mengandung.

Berikut adalah article dari Babycenter.com

Mengapa asid folik diperlukan

Apakah asid folik?

Asid folk adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu.

Kenapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan kaya folat:

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 kubis brussels;
  • kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.
Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.

Sila maklum: Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

0 comments: