BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Korunk memang best..tqqqq

Saturday, May 26, 2012

Kek Lapis Oreo

Sorry la lum belajar utk posing maut lg cam org lain..lgpun lum dpt dslr 
Kali ni percubaan utk kek lapis di cedok dr blog Che Mat Gebu...agak byk jugak bahannya berbanding resepi yg kubuat sebelum ni..bercinta gak nak mengediakan bahan2nya...hbku tak suka asam Hawflakes tu so kali ni kuganti dgn biskut oreo...anyway tukang perabih dan tukang makannya aku sorg je pun kalau kek2 ni..hbku dan Qisti tukang rasa je...zarel terkecuali...camna pun kali ni aku berjaya membuatkan dia suka pada kek buatan aku..kalau tak secret resepi je yg dia pandang..huhu...wajib sedap kek ni..tgk la bahan2nya...

Bahan-Bahannya :-)
450 g mentega
190 g gula halus (mat guna 150g so aq pun sama la jugak)
10 biji telur gred A
300 g biskut "Marie", dikisar halus
1 tin kecil susu pekat manis
85 g seri kaya
1 camca teh esen vanilla
Sebungkus biskut oreo (buang intinya)
1 camca teh pewarna makanan merah, hijau dan kuning


Putar mentega dengan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (adunan akan kelihatan berbiji2), masukkan seri kaya dan susu pekat manis. Putar hingga sebati.
Perlahankan speed, masukkan biskut marie kisar sedikit demi sedikit hingga habis dan tuang esen vanilla. Gaul hingga semua rata, bahagi kepada 3 bahagian sama banyak, dan letak warna merah, hijau dan kuning pada tiap satu bahagian. Kacau hingga rata.
Tuang 4 camca besar adunan warna kuning, ratakan dan kukus hingga masak. Tuang lagi 4 camca besar adunan kuning, ratakan dan kukus hingga masak.
Kemudian tuang 4 camca besar warna hijau, ratakan dan susun biskut. Kukus hingga masak, tekan2 sedikit dengan sudu dan tuang 4 camca besar adunan hijau, ratakan dan kukus hingga masak dan ulang hingga habis adunan.





TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

0 comments: