BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Korunk memang best..tqqqq

Sunday, October 18, 2009

Coklat Cake Kukus

Ni pulak projek aku hari ahad...sbb minggu ni tak kemana2 so aku dgn rajinnya buat kek ni..sbb brg2 pun dah ada...projek almond cookies di tangguhkan dulu sbb tak beli butter..asyik lupa je...so this is the resepi..kek coklat kukus je...fobia nak bakar kek takut bantat lg..huhuhu..

Coklat Cake


Bahan-bahan:-
1 cawan gula perang
1 cawan susu segar perisa coklat
1 cawan minyak
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3 biji telur

Cara2:-
1. Ayak tepung, soda & baking powder
2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil hingga larut. Matikan api
3. Pukul telur hingga kembang dan masuk dalam bancuhan tadi
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati
5. Tuang ke dalam loyang dan kukus 1 jam.


* Untuk topping ni saya gunakan coklat fudge...ni 2nd time buat..still comot2 toppingnye..hehe..kalau nak cantik better guna whipping cream..maybe next time...


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Wednesday, October 14, 2009

Popia Horlicks


Popia horlick ni favourite anak2 aku..kejap je dah habis..
Popia Horlicks
1 pack besar popia
1/2 cwn horlicks
1/2 cwn gula halus - kisar
1 cwn nestum - kisar halus
Lidi satay utk menggulung
Minyak utk menggoreng
Telur sebagai bahan pelekat

Cara:

1. Gulung popia gunakan lidi satay
2. Potong menyerong lebih kurang 1 inci
3. Goreng, angkat dan toskan
4. Gaulkan dengan Horlicks, atau gula, nestum, susu pun sedap.


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Tuesday, October 13, 2009

Puding Pelangi

Puding Pelangi aka Puding Siti Nurhaliza


(yang ni 1st time buat..warna biru, merah dan coklat)

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
10g serbuk agar2
650ml air
200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok)
60gm mentega
1 biji telur
½ tin susu cair
1 sudu makan tepung custard
1 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)

Cara-cara
Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (yg Alma gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.

.
yg ni 2nd time...warna merah, kuning dan coklat..


Ni pulak 3rd time..warna coklat, hijau, kuning dan pink


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Monday, October 12, 2009

Dadih

Tetiba lak teringin nak buat dadih sendiri..so try je la..sib baik jadi dgn jayanya..thanks to the resepi owner...aku sorang je yg makan dadih kat dlm rumah ni..so aku je la yg dok belasah semuanya..













Dadih

Bahan-Bahan:
20 cawan air biasa
15g agar-agar
3 cawan air masak
650 g susu tepung everyday
2 tutup esen vanilla
secubit garam
2 cawan gula
1 keping asam keping(sebagai pengilat)
perisa bergantung kpd kesukaan

Cara:
masakkan agar-agar dengan 20 cawan air sehingga betul2 larut.
satukan kesemua bhan lain didalam satu bekas sprti jug kacau sehingga sebati.
setelah agar2 larut masukkan kesemua bahan yang telah disatukan tadi,kacau sehingga 2 minit kemudian tutup api..tapis kedalam bekas dan sejukkan,sedia dihidang.

Cadangan Hidangan:
hidangan ini dpt memperoleh 25-30 cawan.segera tutupkan api setelah 2 minit untuk mengelakkan susu mendap ke bawah dan tekstur dadih kasar.

Tambahan:selepas keluarkan dadih dari pete sejuk,cube gegarkan dadih,jika dadih anda bergegar di permukaannya SYABAS ANDA TELAH BERJAYA!!!selamat mencuba


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again