BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Korunk memang best..tqqqq

Sunday, September 30, 2012

Zarel @ Sport Day - SKBSD3

Liat betul nak bangun pagi tadi gara2 semalam kul 2pagi br sampai dr Banting..ke rumah BIL ada birthday party...bercinta gak nak habiskan perjalanan dr Banting ke Damansara pagi tadi...sampai rumah terus tidur...nak taknak pagi2 dah kena bangun sbb Zarel bersemangat nak pergi main ball katanya...sian dia kalau tak pergi...sib baik pergi dapatla Zarel merasa dapat throphy..sukanya dia, walaupun dia tak tahu apa maksud color setiap throphy tu..lama gak kitorg lepak kat sekolah menengok kerenah budak2 dan cikgu2..dr kul 8 sampaila kul 12...sib baik amanda pun tak merungut..happy je dia..janji ada mummy kan..:-D...





Cikgu Aziz (jarang jumpa cikgu tadika lelaki kan..) tp he's the best 





Depan classroom
Sad sebab tak dapat bola masa main soccer...with marsha
with Naim, ntah nape zarel like naim so much
All the preschool students 2012
Classroom yg cantik..pandai cikgu Aziz deco
to the kitchen








Birds
Sebelum ada intention utk hantar anak ke prasekolah aq mmg prejudice sikit psl tadika gomen ni...qisti kuhantar ke Qdees...ape la sgt prasekolah yg disediakan utk org yg xberkemampuan tu bg aq...takut cikgu ngajar pun ala kadar je...tp kat qdees pun xde la bagus sgt, qisti still di tahap sama..dia mmg dah pandai sejak dr umo 3thn lg...5thn mmg dah fasih membaca, sebelum masuk tadika...so aq tukar ke tadika yg lain, tadika biasa yg murah je..tadika hidayah bistari..mmg bagus cikgu dia..kejap je dah pandai mengira menggunakan kaedah mental arithmetic....tp still byk kekurangan la bgku..tp apelah nak harpkan pun kat tadika yg murah2 ni..so masa 6thn qisti msk tadika yg dekat rumah je..lgpun dia dah pandai so tak kisah sgt...

Berbalik hal zarel lak...after aq join keje qdees br ku nampak bahawa xde la yg best sgt pun..cuma ada la sesetengah tempat yg ok tp 1 hal yg aq benar2 sedar, cikgu tadika biasa atau event qdees, means tadika swasta, cikgunya not a degree holder sedangkan prasekolah is a degree holder...omg sekrg br kunampak..(dan aq sendiri yg buat offer letter utk cikgu2 qd tu so aq tau complete biodata diorg..huhu kesian) so that aq decide utk hantar zarel ke prasekolah..kbetulan dia tak suka dgn tadika hidayah bistari tu..kesian dia...umo 5thn zarel sekolah hanya tak sampai 6bulan dan dia tak tau ape2 pun..zero kot..

Hari pendaftaran prasekolah tu sekali lg aq agak terkejut jugak...mak bapak budak2 ni ada yg Doktor, Businessman, stewardess, lawyer..makk aii..kereta masing2 lak tau2 je la kan...ada dtg dgn Alphard, Harrier, BMW...lam hati terlintas gak, agaknya diorg ni menipu gaji cam aq gak ke atau cakap terus terang jek..:-P....dan Cikgu lak, lelaki..aq tak pernah jumpa lg cikgu lelaki jd cikgu tadika, takut gak zarel tak suka nanti...apepun masa cepat je berlalu..zarel happy dgn sekolah dia sekrg...lebih2 lg mummy yg pergi jemput setiap hari kan...dan zarel dah boleh membaca dan mengira.....so bg aq membazir je hantar anak pegi tadika yg mahal2..:-D..sbb prasekolah ni akan bg tuisyen free je setiap hari kalau ada yg lum tau membaca..baguskan...kepada yg berdekatan, hantarlah ke Sek.Keb Bdr Sri Dsara 3...cam promote lak...

Lupa lak nak tempek gambar Zarel dgn throphy...






TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Thursday, September 27, 2012

Cucumber Eye Patch

Sesapa yg ada mata panda tu meh la kita mencuba cara2 buat eye patch ni...very the easy tapi kena rajin sikit la..aq ni penyakit m ada jugak..camna pun kita layan je la camna nak buat ye...

Say bye-bye to your puffy eyes..


#credit to Michelle Phan


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Wednesday, September 26, 2012

Amanda turn 8m


Hari ni genap umur Amanda 8bln...sejak lahir hingga ke hari ini takde byk perubahan, suka berkepit dgn mummy, tido dah tentu2 dgn mummy je...(ke mummy yg nak berkepit..:-D)..satu2nya baby yg susah sgt nak tido kecuali mummy kat sebelah..dan langsung tak boleh dgr ape2 bunyi pun, even pin jatuh atas lantai pun dia akan terjaga...so di siang hari kalau kira total tu sejam je kot dia tido...setiap kali tido 15 min je paling lama..tu pun mummy tunggu..kalau tak tunggu 5min je dah bangun..kecuali kalau mummy pun tido sama berjam2 pun boleh...penat gak mummy camni, tapi dah 8 bulan pun..

Bab makan lak, still dgn bubur yg di blend, antara menu2 Amanda setakat ni ialah:-
1- Bubur beras perang+sawi+kentang+carrot+ikan bilis
2- Tauhu lembut
3- kentang lenyek
4- Bubur beras perang+kacang hijau
5- Betik yg diblend

Bubur beras perang dan sawi + ikan bilis siap 

Sejukkan dulu then msk freezer

Minum lak...sikit2 je mummy bagi minum air masak, lepas makan, tu pun kekadang jek, sayang rasanya nak mereplacekan susu mummy dgn air masak...huhu..and of coz amanda still fully breastfeed sampai hr ni...another 14month to go...
So mummy kena study selanjutnya bila nak tambah menu ni..not so sure..boleh aje nak belasah tp this time alang2 mummy jaga 100% kan so ikut je la apa yg baik utk masa depan...


Yang paling penting, sejak lahir sampai hr ni, amanda tak pernah demam even after cucuk 3 serangkai ke ape rangkai ke...walaupun nurse selalu bekalkan ubat demam (jgn harap amanda nak telan ubat..huhu) alhamdulillah, inila yg diharapkan...cam zarel jugak yg mmg fully breastfeed gak walaupun tak cukup 2 thn..zarel hanya setahun fully breastfeed...1 pencapaian yg agak memberansangkan jugak kot sbb masa tu aku bekerja...so kenalah berusaha simpan stock...mmg masa tu stock cukup2 jek..alhamdullilah rezeki dia kan...hanya Qisti je tak dpt fully breastfeed akibat mummy yg tak cukup pengetahuan dan kesabaran..sian dia..anyway still jugak breastfeed sampai 4 bln kot...dr kecik demam je, sampai 2kali masuk spital sebelum umur setahun pun..semuanya salah mummy...dan of coz mummy takkan ulang utk anak yg lain....

Bercakap tentang breastfeed ada jugak yg di luar sana yg tak berjaya sbb mental masing2 yg selalu ckp tak cukup susu..memang tiada istilah "tak cukup susu" sebenarnya, itu hanyalah mitos, dgr ckp org tua, ibu yg tak cukup sabar, tak cukup ilmu, setiap anak mmg itulah rezeki yg tuhan bg utk dia, kalau mental si ibu cakap susu tak cukup so camna nak cukup?jgn sesekali rasa susu tak cukup dan ganti dgn susu lain, jgn beli pun susu tin kalau rasa nak susukan baby sendiri, believe me kalau susu alternatif xde confirm berjaya..minda mesti positif..mesti susukan baby setiap jam, tak kisahlah ada susu ke takde ke, sumbat je lam mulut baby...baby br lahir kedunia mmg macam2 ragam..dia kan dr dunia lain..mestila ada rasa tak selesa, takut, susah nak adapt dgn dunia br, nangis je caranya...tak semestinya lapar je..perut baby kecik je, xdenya perlu minum sebotol susu..last2 nangis jugak sbb sakit perut minum susu formula kan..kesian baby...bykkan membaca utk tambah ilmu, bear in mind, susu ibu akan wujud pada hr ke-3 biasanya..1st day cuma ada kolustrum je, so kalau baby nangis pandai2 la bersabar dan memujuk...dan pilihlah hospital tak benarkan susu formula...Amanda pun melalak 2 malam lepas blk dr spital, sampai mak aq marah2 suruh bg susu tin...macam2 terpaksa kudgr, "susu hang takdak la, budak tu lapaq..pi la beli susu, hang nak tgk anak hang melalak sampai bila".dgn nada marah...lam hati aq, sabar jela...sape tak terasa hati kalau mak sendiri ckp susu kita xde, baby tak dpt susu, xleh menyusu baby..sib baik aq masih ada suami dan akal fikiran yg waras masa tu (nak pujuk baby nangis kena la sabar, kalau kita panic baby lg panic dan tak henti nangis)..hb suruh telefon nurse yg support breastfeed, mmg xboleh tolong tp hanya kerana dpt berckp dgn nurse tu lam telefon la beri aku kekuatan..dan ayat dia yg tak pernah kulupa "tak kesian ke kat dia nak bg minum susu formula?" seolah2 aq nak bg anak minum racun lak..huhu

Sejak lahir sampai hr ni Amanda takde buat perangai, baik je, takde nak terpekik terlolong, xde meragam kalau pergi mana2 pun follow je,shopping sehari suntuk pun xde masalah, naik kete lama2 pun xde masalah (tp dia ni memang cepat boring, mummy la terpaksa memerah tenaga pegang dia yg tak duduk diam)..kalau kat rumah org lglah bertambah behave dia ni, kata org suara dia pun tak dengar...camtula mummy's good girl kan...tp org tak perasan sebenarnya mummy tak pernah pun letak Amanda kat lantai ke, takut jatuh, terantuk, tak tinggal tido sorang pun..24jam mummy dukung...mestilah tak nangis kan..hehe...apepun bg aq itu melatih dia utk tidak menangis, biarlah dia tak pandai melalak pun..

Ni la satu2 precious time mummy jaga anak..sebelum ni tak sempat nak jaga anak..asyik keje je...apepun am so happy to be mom at home & 24/7 dapat tgk anak2 dan melayan kerenah diorg..






TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Siapa Ustaz Azhar Idrus


Rasanya semua orang kenal dgn nama ini...ustaz celebriti la katakan..kalau dulu susah bebenor nak suruh anak2 muda remaja maupun yg tua remaja dgr ceramah agama kan..tp kini tidak lg...bila UAI berceramah tak kira di mana mesti ribuan yg hadir, kehangatan FB dan Youtube juga turut mempularkan beliau..jom kita terjah biodata UAI..

Nama :
Ustaz Azhar Bin Idrus

Tarikh Lahir:
12 Februari 1964

Berasal:
Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu

Hobi :
Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi Alam Hidupan.

Pendidikan :
1.Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
2.Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2)
3.Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)
4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
5.Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun

Pengalaman :
1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau.
2. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
3. Mula mengajar (hanya menyampaikan yang sekdar tahu sahaja, kate beliau) di surau ladang, kampungnya

Isteri :
1. Rogayah Binti sulong, Johan Qariah Tilawah Al-Quran Kebangsaan 1978 (42 Tahun)
2. Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor (26 Tahun)

Anak :
1.Nur Madihah Asyiqin (20 tahun)
2.Nur Farhah (19 tahun)
3.Mohd Faqihuddin (18 Tahun)
4.Mohd Zuhaili (16 tahun)
5.Ikhwan Najmi (14 tahun)
6.Khairul Mukmin (7 tahun)
7.Rasydan (6 tahun)


Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.
Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

Anak sapa la ni?

# credit to ohartis.com


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Monday, September 24, 2012

Ben Ashaari ???

Kenapa dgn Ben Ashaari?? sape tak kenal Ben Ashaari kan..mana2 BW nampak muka dia..femes-memes.. ape kena mengena dgn haku yg tak femes ni?? Ben Ashaari ada dalam blogku kini...terharunya Ben sanggup follow aq yg kerdil ini...dgn follower ku br ada 13 org tu...sungguh tak ku sangka tetiba bila ku masuk blog ternampak gambar lelaki baju putih yg ku familiar sesangat..ape taknya masuk blog Che Mat time nak masak nampak dia, masuk blog Lyssa time nak curi2 tutorial nampak lg, blogku sendiri pun mmg ada BA dlm list..kat mana2 je ada Ben Ashaari....thank you Ben @ Papa Qhaliff...ini menaikkan semangatku utk teruskan berblog dan berBW setelah sekian lama menyepi...jom tgk gambar yg kusnap sbgai kenangan dan juga sebagai bukti wujudnya Ben Ashaari lam senarai followerku...tak payahku tunjuk yg mana pun korang mesti dah kenalkan..:-)





TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Fatin Liyana: Menuju ke arah postur badan yang cantik !

Fatin Liyana: Menuju ke arah postur badan yang cantik !: Advertorial ' Fatin tegakkan badan ko sikit la ' ' Dah tegak la ' ' Nampak bongkok la dalam gambar, tarik bahu ko kebelakang ' ' #^%$#...


Kenapa aq nak upkan entry Fatin Liyana ni?? ...1st sbb dia mmg cantik, cute, bijak pandai...siap pakej..doctor tu..ko ade? (tanya diri sendiri sebenarnya). huhu...untung sape dpt budak ni....2nd sbb aq tertarik dgn entry ni sebenarnya...bukan tertarik pada PB yg dia pakai...tak kuasa lak nak berkorset bagai (tak mampu kot haha)..rimas dowh...actually aq nak berat badan cam dia ni bolehhh??...bestnya kalau dpt 47kg...mimpi kot..haha...dolu2 masa zaman student cam dia ni berat aq cuma 43kg...aq tak setinggi dia..rendang2 jek..kuang222...kengkawan semua panggil aq tengkorak...hellooo kengkawanku..ingat lg tak ni? hehe..aq tak marah pun...suka pun tak...aq berusaha makan mcm2 ubat nak bg gemuks haha..boleh?..last2 berjaya jugak jd gemuks...dah nak kurus lak..huaaaa...tak dapek nak nolong.anyway, usaha tangga kejayaan...5kg to go..

# p.s - pinjam gambar ye Fatin Liyana


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Sunday, September 23, 2012

Koleksi Jovian Mandagie

Nama ni dah biasa kudengar atau kulihat..tapi di mana ye...tp hr ni si Jaja shared kat FB salah 1 koleksi baju Jovian ni....terus terpikat dgn baju2nya..dan terpanggil utk upkan di sini...dah agak lama menyepi dr bershopping2 on9 sekarang ni..semenjak bercuti raya pun agak malas nak ber on9 ni...dan citer pasal Jovian mandagie ni aq agak ketinggalan huhu sekarang br ku tau psl ni...ketinggalan betullla...tak kutau jugak org ramai berebut nak dapatkan koleksi Jovian ni kat Butik First Lady raya hr tu...ye la..aku pun tak terfikir lak nak ke FL utk beli bj raya...kalau ada butik kat damansara ni boleh gak terjah,,,tpkan setau aq FL punya bj murah2 je..tak sangka lak masuk baju Jovian skrg...

Apepun aq lum sempat study habis lg koleksi dia ni ada jual kat mana lg..not in JOVIANMANDAGIE.COM  it self...don't know why...dgr Zalora jd pilihan..tapi yg pasti ada di jual di THEPOPLOOK.COM ...so rasanya sempat lg bg sesapa yg nak order koleksi JovianRTW raya collection...dan utk stay up to date dgn koleksi2 terbaru Jovian dan jugak lain2 koleksi pakaian bolehla ke FB thepoplook ...ok now layan koleksi2 Jovian....layannnnn





Cantikkan??? hehe..harganya boleh la around RM400 camtu...ok la kan harga dia drpd koleksi2 Saidatulnisa..huhu tak dapek nolong...byk lg koleksi2 baju Jovian ni..yg panjang ke, jubah ke..terjah je la website Jovianmandagie.com ...cam promoter lak aq ni..lebih2 hahaha...brg cantik kena share la kan...kalau tak beli pun at least ada idea nak tempah baju..ye tak? hehe... 


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Saturday, September 15, 2012

Amanda jatuh katil

Biasanya Amanda tidur bertemankan mummynya ni...selalunya mummy akan bertenet ataupun tido je..tapi di sebabkan hr ni hari sabtu dan ada daddy, nak kena bebella kan kalau mummy pun melentok sama...so lepas amanda tido aku letakkan bantal panjang di kedua sisi dia...takut jatuh sbb dia ni mmg cepat betul sampai hujung katil biasanya...dan dia ni mmg pantang xde mummy kat sebelah....so aku turun lipat kain...tak sampai 10 minit pun..rasa cam 5 minit je pun...lgpun Adelia br siap mandi so aq rasa kakak dia leh tgk2..xde lak aku pesan....tetiba dgr dia nangis kuat..terfikir gak apsal nangis lak..biasanya bgn tido tak nangis...tp fikir saje kot..tetiba hubby ckp jatuh kot...aku pun naik atas...mmg nak naik pun sbb dia dah bangun...nampak Adelia dah pegang dia so aq pun ambik dia...tak nangis kuat pun...tetiba anakku ckp nape amanda kat bawah lantai...aduhhh...terus rasa cam jantung tersentap je..risaunya aku..ku belek2 kepala dia xde ape..ada 2 botol air dihujung katil, tak jatuh pun...tapi tgk dia xde ape pun..nangis pun kejap je...ya allah selamatkan dia...rasanya xde ape kot...len kali kena lebih berhati2...masalahnya bantal langsung tak terusik..camna la dia leh sampai hujung kaki katil...huhu...sian amanda...harap2 dia jatuh atas karpet yg ciput kat hujung katil tu...huhu...taknak la tinggal dia lg..biarla rumahku bersepah...lepas tu aq ada search di internet tentang baby jatuh2 ni..so aq kongsikan di sini utk panduanku di masa akan datang dan juga panduan utk kengkawan semua...


*************
Pada umur anak 5 bulan ke atas si manja anda sudah boleh bergolek2 jadi perlu pengawasan yg lebih supaya si manja anda tidak terjatuh.

Jika si manja anda terjatuh tanda2 berikut perlu di pantau dan jika terdapat tanda2 tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan

Semua tanda2 yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh.

Article ini juga ku ambil dari sebuah blog, mohon share ye..

Apakah jenis jatuhan yang perlu kita risau?
Keadaan paling biasa adalah bayi jatuh katil, sofa, kerusi kereta bayi atau stroller.. Semua ini biasanya melibatkan ketinggian setakat 1 ke 2 kaki.. Dan biasanya jatuhan jenis ini tidak melibatkan kecederaan yang serius walaupun jatuh pada lantai yang keras…

Kadang-kadang objek seperti lampu atau bakul jatuh ke atas bayi.. Keadaan ini juga jarang melibatkan kecederaan yang serius..

Bayi yang sudah berjalan dan berlari pula kerap melanggar sesuatu sewaktu berlatih kemahiran baru ini.. Biasanya ia juga tidak melibatkan kecederaan yang serius kecuali jika ada luka yang memerlukan jahitan.

Satu lagi jenis jatuhan yang biasa berlaku adalah bayi jatuh sewaktu didokong oleh orang dewasa..

Sekiranya orang dewasa tersebut sedang berlari dan jatuh menimpa bayi, ini boleh menyebabkan kecederaan serius.

Tetapi sekiranya orang dewasa tersebut berjalan dan bayi terjatuh, biasanya bayi tidak mengalami kecederaan yang serius.

Jatuhan dari ketinggian melebihi 3 kaki seperti meja, kabinet dapur, almari boleh menyebabkan kecederaan yang serius, terutamanya jika jatuh ke atas lantai yang keras.

Apa yang perlu dilakukan jika bayi jatuh?
1. Pujuk anak anda. Bertenang dan tidak panik. Adalah lebih mudah untuk menilai tahap kecederaan anak apabila anda dan anak berada dalam keadaan tenang.
2. Jangan telefon kecemasan atau berkejar ke hospital. Belum lagi!
3. Periksa kepala, otot dan badan anak untuk sebarang luka, lebam, bengkak, calar atau sebarang perubahan yang tidak normal. Buka seluruh baju anak untuk memudahkan anda memeriksanya. Jika anda tidak menemui sebarang luka, lebam atau bengkak pada kepala dan badan anak, kemungkinan besar tidak ada apa yang perlu anda risaukan.
4. Jika anda mengesan luka, lebam atau perubahan yang tidak normal, atau anak anda kelihatan lemah untuk jangka masa yang lama segeralah ke hospital berdekatan.
5. Periksa juga kecederaan kepala..

Apakah tanda-tanda anak mengalami kecederaan kepala sewaktu jatuh?
1. Pengsan atau pitam.. Walaupun 1 minit…
2. Muntah..
3. Keadaan mental yang tidak normal..
4. Tidak stabil apabila berjalan..
5. Menangis berpanjangan..
6. Anak mengadu sakit kepala..
7. Tanda-tanda pada mata seperti juling, anak mata tidak sama saiz, kelakuan seperti melanggar sesuatu atau trip apabila berjalan/ berlari..
8. Untuk anak yang lebih besar, mereka mungkin komplen penglihatan kabur atau double..



TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Thursday, September 13, 2012

Tudung Aidijuma free

Dah lama menunggu ketibaan tudung free dr Aidijuma sbb masuk contest hr tu...tak menang dpt selai tudung...ok la kn...pemenang dpt 12 helai tudung, melampau betul..haha...kalau aq byk2 nk buat pe...jd tukun la jawabnya sbb maleh nak iron..bkn keje opis nak berbawal bagai..jd drebar je tiap hr ku sarung je anak tudung instant yg ku beli dr Butik Pinkku..:-)

Tadaa..hr ni posmen yg tak kukenali sampai, dgn motor lak tu..alaa mana abg posmen yg biasa tu??...ape pun layan gambar dulu..sorry la gambar cam hampeh, xde posing2 maut cam blogger yg lain sbb aku xde dslr huhu...dah masuk lam wishlist ku..by next year wajib ni..b4 USS ye en. hb..hehe..insyaallah...





TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Wednesday, September 12, 2012

Tonton Drama Adam dan Hawa Secara Online

Mesti ada di antara anda yang tidak dapat menonton drama bersiri Adam & Hawa yang telah pun bersiaran pada 27 Ogos 2012? Maklumlah drama ini bersiaran di Mustika HD. Ramai juga yang tak langgan Pakej Mustika. Kini, jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan drama bersiri Adam & Hawa secara ONLINE..


Drama bersiri Adam & Hawa ini adalah terbitan Global Station Sdn Bhd. Drama bersiri 80 episod yang diadaptasi daripada novel cinta terlaris hasil nukilan penulis Aisha Sofea terbitan Alaf 21 yang amat popular ini telah menemui para penonton pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10.00 malam bermula 27 ogos 2012 secara eksklusif hanya di saluran 134.


Watak utama Adam Mukhriz dilakonkan oleh Aaron Aziz, manakala Ain Hawani dipegang oleh Nadia Nissa (pelakon filem Cun). Nadiya Nissa dipilih oleh penulis novel Adam dan Hawa sendiri iaitu Aisya Sofea bagi menjayakan watak Ain Hawani.

Para pelakon terdiri daripada : Anzalna Nasir (Dee), Elfaeza Ul Haq (Azie), DazrinKamarudin (Johan), Norman Hakim (Zul), Rozie Rashid (Kak Zah), Aznah Hamid (Maria), Amyza Adnan (Cikgu Zawyah), Lydiawati (Faridah) dan Puteri Sarah (Erin).

Pengambaran dibuat di  Mekah dan Perth, Australia




Sinopsis Adam dan Hawa

Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.

Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy sikit.

Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.

Timbullah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap  Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani.

Mereka berkahwin jugak, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami. (mcm gemersik kalbu pulak).

Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain.

Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.

Apabila mereka pulang ke Malaysia, Ain dan Adam kerap jugak keluar bersama dan cinta mereka kembali bertaut.

Kesudahan dalam novel Ain dan Adam bersatu jugak akhirnya setelah sekian lama terpisah, dan mereka dapat anak perempuan.

Adam memang untuk Hawa..itulah yang seperti ibu Ain ucapkan pada Ain.


Bagi yg xde Astro Mustika HD bolehla ke  http://vimeo.com/user12212238/videos 

atau  http://klhive.com/adam-hawa/


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Saturday, September 8, 2012

10 Makanan anti kolestrol


Bagi mencapai gaya hidup yang sihat, kita perlu tahu bagaimanakah cara untuk memastikan tubuh badan kita sihat dari sebarang penyakit. Antara perkara yang paling penting adalah soal penjagaan makanan. Namun demikian, makanan yang berkolestrol tinggi sering menjadi pilihan kita. Ini tidak mencerminkan gaya hidup sihat. Berikut ini disenaraikan 10 jenis makanan yang boleh mengurangkan kolestrol. Lepas-lepas ni, bolehlah perbanyakkan memakan makanan yang seperti ini:


1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi

3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan

5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Friday, September 7, 2012

Amanda jatuh

Actually ni bukan 1st time Amanda jatuh...it's 2nd time dan both under jagaan Qisti..huhu takleh harap sungguh anakku yg sorang tu...takde la teruk pun..sbb rumahku mmg dipenuhi carpet sejak zaman qisti lg sbb mmg nak mengelak luka kalau anak2 jatuh..ngeri kot tgk simen je lantai..dua2 tempat yg sama dia jatuh..dr sofa ke atas carpet...1st time, lupa lak nak masuk entry sini dah terlupa datenya bila..maybe sebulan lepas kot...Qisti sibuk tgk tv Amanda yg lasak tu pun tergolek ke bawah..tp xkuat mana nangisnya sbb jatuh atas kusyen2 yg di tindan oleh abangnya kat atas carpet tu...actually bukan tugas kakak dia pun menjaga dia..time aku nak ke toilet ke, mandi ke, masak ke..tu je...Amanda tu mmg tak kulepas pun walau sesaat kecuali masa2 tertentu mcm kusebut tadi..huhu...hari ni kul 6.10pm camtu aq suruh qisti jaga sbb aq nak mandi, belum mandi lg hr ni sbb takmau tinggalkan amanda sorang2...lepas mandi kujenguk la jugak budak2 ni kat bawah..amanda atas riba qisti..kunaik atas nak pakai baju tetiba dgr amanda jerit dgn kuatnya..terpinga sekejap sempat berfikir apsal nangis keboringan kuat sangat, tak cam biasa..tetiba tupp terlintas agaknya jatuh..terus berlari turun, qisti tgh pegang dia dgn muka xde perasaan..kutanya kenapa pun dia tergoyang2 dgn muka xde perasaan jugak..mmg itulah qisti..huhu..zarel yg menjawab amanda jatuh....terus aku ambik amanda sambil menyoal siasat qisti yg mulutnya terkatup rapat tu...bukan marah pun...bukan tanya dgn nada marah tp dgn nada sedih..mau tak sedih, walaupun jatuh sikit, amanda tu xpernah pun jatuh, tak pernah pun sakit di bawah jagaan ku..tetiba org lain lak yg bg sakit...sanggup ku benti keje yg bukan sedikit gajinya, bukan sikit kurangnya budgetku tp ku korban jugak demi anak2ku....amanda tu tak pernah pun ku letak atas carpet sekalipun punya la jaga kan..haha....alhamdulillah xde ape2 pun cuma amanda budak yg tahan sakit, so kalau dia melalak camtu mmg sakit la tu, itu yg buat aku terkilan sgt...

Merah sikiiit je kat dahi sebelah kanan
Maybe setengah org anggap aku over tapi camtu la kujaga anak...berbaloi ke ku korbankan kejeku, duit gajiku kalau jaga anak pun lebih kurang je kan...


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Cara-cara mengatasi masalah anak

Bukan senang sebenarnya nak menjaga dan mendidik anak...sebenarnya aq sendiri dah buntu camna nak handle si qisti yg setiap malam tak boleh tido dan nangis2 melalak sampai kul 3 pagi..masuk hari ni dah 4 hari camtu...hilang sabar aq di buatnya...takut pulak salah perlakuanku akan effect perlakuan dia, emosi dan sebagainya...so google la apa lg aq leh buat..jumpa la topik ni kat blog SeriBestari ku pastekan di sini utk panduanku sendiri..semoga allah memberiku cukup kesabaran, kewarasan dan kekuatan menghadapi karenah anak2...semoga aku tak tersilap langkah...


Untuk menangani anak nakal. Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.

Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1.selalu amalkan baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan kat kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur...
2.kita kena sabar bebanyak...pendekatan moden sekarang ialah jgn menangan anak...tapi slow talk dan pujuk lebih baik disamping byk berdoa pada Allah mintak dilembutkan hatinya
3. bangun pagi..peluk anak sebyk 3x. usapkan kepala & berselawat sambil berniat di dlm hati
(bergantung pd niat kita utk si anak)
4. baca al-fatihah,lbaca surah taha ayat 1-5..dan kemudian baca doa NABi DAUD sebyk 3x
"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU
LEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI" dan hembuskan makanan/minuman atau kalo
anak masih menyusu..hembuskan pd susu.
5. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

6.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

7. Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”

8.Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan ketika anak baru lelap kerap saya amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.

9.Selepas solat lima waktu, saya mengamalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”

Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.


Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan

anak2 bergaduh
- Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar
- Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran
- Surah Al Anbiyaa - Ayat 69, Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah
- Surah Toha ayat 1-5

Bg anak2 yg suka keluar malam
- Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Rujukan : http://cikgumala.blogspot.com/2008/09/tip-cara-menanggani-anak-nakal.html


****** Syukur anak2 ku langsung tak nakal, mendengar kata tapi masalah kuat nangis pulak si qisti ni..kalau baby leh jugak ku faham tapi umur dah 9 thn....kadang2 buatkan kujadi takut, salah ke cara aku sampai dia jd manja camtu ke atau dia nakkan perhatian ke..anyway akan ku cuba cara2 di atas semoga berjaya...



TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Thursday, September 6, 2012

Tikus

Sejak 2,3 bulan ni rumah ku mula di di datangi tikus..eee bencinya tikus..takut pun ada bila byk kes kematian melibatkan air kencing tikus..mintak simpang..tapi biasala aq insan yg lemah, suka take things for granted...dgn amannya tikus tu dtg dan pergi...tp lepas balik dr cuti raya yg panjang ku rasa cam tikus cam dah bermaharajalela ambik alih kawasan so apa lg dtgla inisiatif utk menghapuskan musuhku itu...mula2 beli perangkap kadboard gam tu tp selamba dia lalu tak lekat langsung...hampeh...so semalam ku pergi grand union beli gam tikus dlm tin tu...dan malamnya mula operasi..akhirnya dpt gak kutangkap..fuhh..best jugak ni...hr ni pun dpt lg sekor...gam dah habis besok akan ku beli lg..kuikuikui..


Walaupun 1 rumah berbau gam ni tp puas hati aq...hehe


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Wednesday, September 5, 2012

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN


Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again