BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Korunk memang best..tqqqq

Friday, April 29, 2011

Paps Smear n Remove IUD

Malam tadi 11.00pm lebih kurang pegi remove IUD, dah expired sebulan dah..pasang kat LPPKN around Feb08 kot...hanya ada kad follow-up je utk refer date lebih kurang...



actually delay2 tu sbb nak replace yang baru, so tunggu masa yg sesuai utk ke LPPKN, kerja yang banyak kat office membuatkan aku asyik tak sempat je..tapi mungkin ada hikmaknya, tetiba i've change my mind about pregnancy...so suka la hb bila aku willing to have another baby...don't know why aku yg betul2 decide to have only 2 now tiba2 tukar fikiran...sedikit sebanyak sbb baca entry dlm blog2 kebelakangan ni tentang wanita mengandung, memberikan aku motivasi dan juga kesedaran..huhu..terus lupa tenatng camna susahnya nak cr maid jaga anak2..sampai sekarang pun aku lum dapat maid..rumah bersepah dgn baju2 yg belum basuh..dah basuh pun tak sempat lipat..camna tu...need time to think how to solve the problem...tapi masa kerjaku yg 7 to 8 ni yg masalahnya...but if I have another baby nanti, I will leave my job and duduk rumah jaga anak2..next year la target..insyaallah...

..takde masa pegi LPPKN so terpaksa pergi Klinik Normah, Damansara Damai...Dr suruh aku buat Pap Smear sekali, so tak sempat fikir panjang on je la..lgpun lama dah tak buat..first time maybe 4 years b4, tak ingat dah...utk kebaikan jugak kan...tapi lupa lak nak ambik gambar Klinik tu..lgpun baru je berjinak2 dgn blog ni so otak tak begitu tangkas berfikir utk capture gambar2..:-) ..bilnya RM200 termasuk antibiotik dan ubat lain yang aku mintak..aku mintak dia tulis RM150 sbb nak claim kat ofis, tak logik lak nanti bil ape ni RM200 kan..hehe


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Wednesday, April 27, 2011

Khasiat Taugeh


Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.


Lebih Subur

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.


Cegah Kanser

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan punca kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Baik Untuk Wanita

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Kurangkan Lemak

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450%. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau 'lemak jahat' LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Lebih Muda

Tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Buang Kotoran

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser. Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

4 perubahan pemakanan untuk mengandung

Article ni saya petik dari website Srikandi Mama...saje paste kat sini utk panduan diri sendiri dan juga pembaca..

Pernahkah anda terfikir bahawa tabiat pemakanan sebelum mengandung penting? Saya ingat hanya pengambilan ubat saja yang perlu diambil berat sebelum mengandung. Tapi, hakikatnya pemakanan bakal ibu juga sgt penting.
Persediaan untuk mengandung merangkumi tabiat pemakanan adalah seperti 4 perkara berikut:

1) Amalkan diet yang baik
  • Tabiat pemakanan yang baik perlu bagi pasangan suami dan isteri kerana ia mempengaruhi kesuburan kedua-dua belah pihak.
  • Pemakanan yang seimbang penting untuk meningkatkan peratusan untuk mengandung dan memperolehi bayi yang sihat.
  • Amalkan setiap hari memakan beberapa hidangan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, yoghurt dan keju. Sesetengah vitamin dan mineral seperti vitamin C dan E, zink dan asid folik, penting untuk membentuk sperma yang sihat dan berkualiti.
  • Kekurangan sumber nutrien dalam badan boleh mempengaruhi kitaran haid yang mengakibatkan kesukaran untuk meramal masa subur (ovulasi).
  • Kekurangan berat badan yang drastik dan obesiti boleh megakibatkan ovulasi tidak berlaku.
2) Perkara yang perlu dielakkan
  • Tinggalkan tabiat merokok, meminum alkohol, pengambilan dadah dan ubat-ubatan (Kecuali dengan nasihat doktor. Maklumkan kepada doktor yang anda merancang untuk hamil supaya boleh diberikan ubat yang bersesuaian). Kesemua komponen tersebut boleh mengganggu perkembangan fetus.
  • Kurangkan kadar pengambilan kafein dalam diet seperti kopi. Pakar bersetuju bahawa pengambilan kafein yang kurang daripada 300 mg sehari (bersamaan dengan 3 cawan kopi) tidak akan mempengaruhi kesuburan. Walau bagaimana pun, terdapat doktor yang mencadangkan supaya pengambilan kafein dihentikan terus untuk mengelakkan risiko.
  • Terdapat beberapa jenis ikan mepunyai kandungan merkuri yang tinggi. Merkuri boleh berkumpul di dalam badan anda dan kekal melebihi setahun di mana ia adalah merbahaya bagi bayi anda. Elakkan memakan ikan yang mengandungi tinggi kadar merkuri seperti jerung, todak dan makerel semasa anda mencuba untuk mengandung. Sebaliknya, makan ikan rendah kandungan kalori seperti salmon dan tuna.
  • Daging yang diproses (daging dalam tin, rendang segera, daging salai), sushi mentah dan produk susu tidak dipasteur (keju lembut) harus dielakkan kerana berkemungkinan terdapat bakteria merbahaya seperti Listeria yang boleh mengakibatkan listeriosis (jangkitan disebabkan Listeria) Jangkitan ini boleh mengakibatkan keguguran dan kelahiran pra-matang. Pastikan makanan anda dipanaskan dengan betul untuk mengelakkan listeriosis.
3) Pengambilan suplemen vitamin dan mineral
  • Pengambilan vitamin dan mineral memastikan anda memperolehi asid folik dan nutrien lain untuk meningkatkan kemungkinan anda mengandung. Pastikan anda mengambil suplemen yang dikhaskan untuk bakal ibu kerana terdapat banyak suplemen yang mempunyai dos tinggi yang boleh memberikan impak buruk pada perkembangan bayi.
  • Pengambilan asid folik telah terbukti dapat mengurangkan risiko ‘spina bifida’ (kecacatan salur neural melibatkan pembentukan saraf tunjang yang tidak sempurna), serangan jantung, kanser dan kencing manis pada bayi. Jumlah minimum yang perlu bagi pengambilan asid folik ialah 400 mikrogram sehari. Jika anda mempunyai latar belakang keluarga yang mempunyai kecacatan salut neural, doktor berkemungkinan mencadangkan pengambilan 4000 mikrogram sehari, bermula sekurang-kurangnya sebulan sebelum mengandung sehinggalah trimester pertama kandungan. Suplemen prenatal yang baik seharusnya mengandungi lebih daripada cadangan minimum asid folik, diantara 600-800 mikrogram.
  • Sebagai tambahan, makan makanan yang kaya dengan folate seperti sayuran hijau (bayam), buah-buahan sitrus, kekacang, bijirin, roti dan bijiran yang diperkaya. Asid folik merupakan vitamin larut air, maka badan anda akan membuang yang berlebihan jika anda mengambilnya terlalu banyak. Walaubagaimana pun, pastikan anda masak sayur-sayuran dengan menggunakan jumlah air yang sedikit bagi mengelakkan pembaziran asid folik terlarut dalam air.
4) Dapatkan berat badan yang ideal
  • Kurangkan berat badan jika anda obes dan naikkan jika anda terlalu kurus. Anda perlu mempunyai berat badan bersesuaian dengan julat BMI anda.
  • Terlalu gemuk atau kurus akan menyebabkan kesukaran untuk mengandung.
  • Wanita obes yang mengandung mempunyai risiko mendapat kencing manis dan darah tinggi serta mengalami komplikasi kelahiran.
  • Wanita yang terlalu kurus pula berkemungkinan melahirkan bayi yang kurang berat badannya.
  • Rancang pemakanan yang sihat dengan makanan yang tinggi fiber dan rendah lemak serta mulakan rutin bersenaman. Jika anda obes, target untuk turunkan berat badan ½-1 kg seminggu. Penurunan berat badan yang ekstrem boleh mengurangkan stor nutrient dalam badan yang bukannya cara yang sihat untuk mengandung.

Berikut adalah article dari Babycenter.com

Mengapa asid folik diperlukan

Apakah asid folik?

Asid folk adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu.

Kenapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan kaya folat:

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 kubis brussels;
  • kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.
Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.

Sila maklum: Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Sitiawan to Klang to Banting-22 to 24th Apr 11

Hujung minggu lepas tetiba tergerak hati nak pergi melawat Zira (SIL) kat Balai Polis Pekan Gurney, Sitiawan Perak..anak2 dah lama tak jumpa cousin2 a.k.a kengkawan..so after office, siap2 terus bertolak ke sana...lebih kurang 10.30 malam baru bertolak..main redah je memalam pun...itulah kitorang punya stail yang tak reti2 nak planning..masalah gak tu..anyway happy la anak2 dapat ke sana...Zarel yang tak pernah makan sendiri pun tetiba nak makan sendiri gara2 tgk cousin yg umo 3 thn pun pandai makan sendiri..pandai gak dia makan, aku je ingat dia tak pandai ..hehe..
Pokok tanduk rusa yang berjaya ku mintak bawak balik rumah..:-)
Inspirasi untuk aku tanam pokok kat rumah..so hujung minggu depan kena operasi penanaman
Aktiviti memetik buah mangga
Zara yang cute..;-)
Ahad 24/4/11 2am, dapat mesej dari BIL yang wife dia, Hajar,dah masuk wad nak bersalin...so decided to bertolak balik awal dan terus ke Klang...kebetulan dia bertukar hospital dari Banting ke Klang sbb ada problem..so kena operate kat Klang..arrived kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang lebih kurang 4.30 pm...kul 5 masuk melawat...tak dapat tgk baby sbb ibunya operate, terpaksa di asingkan..sian baby...

5.30pm kitorang bertolak ke Banting lak..fuhh..penat gak perjalanan tapi terpaksa la...my BIL still kat rumah tgh kemas barang utk tunggu wife kat Klang..jauh tu kalau nak berulang alik..buat aku terfikir, kalau nak beli rumah, Hospital terdekat jugak kena masuk dlm list kemudahan penting tu...mungkin ramai yg terlupa...

8.30pm bertolak balik ke Damansara Damai...singgah kat Banting jap makan sbb anak2 dah lapar...restoran tu pulak hampeh giler, lambat nak mampos..aku lupa lak namanya..akan ku siasat jap lg dan inform balik namanya...sampai anak2 dah takde mood nak makan..dah la seharian lam kete je..penat kot anak2ku..sian..kul 1am baru sampai rumah...anak2 terus tido...masalah lg satu..terlupa lak aku nak buang sampah masa keluar rumah hr tu...alamak berulat penuh dapur aku...adoiiiii....En. Suami la yang cuci..sampai kul 2 pagi...dah siap kemas terpaksa lak keluar cari makanan John..sian lak kucingku yg kelaparan...akhirnya esok pagi kitorang malas bangun awal..anak2 la yg terpaksa ponteng sekolah..:-)


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Tuesday, April 26, 2011

Hikmah Wanita

    Masa BW terbaca lak article ni...ramai yg letak article ni lam blog...bila baca ni buatkan aku insaf dan berfikir, kenapa lak aku nak 2 org je anak..tak baik lak kan..so memotivasikan aku utk tambah anak lg..:-) ...so after this penuh la article tentang baby lak lam blog aku ni..;-)
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
  • Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
  • 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  • Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad
  • Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  • Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  • Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  • Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  • Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
  • Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  • Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
  • Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
  • Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
Hadis nabi mengenai wanita:
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Ketika Allah Memilihmu Untukku


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah lelaki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Kerana kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahawa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka ganding tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kukuh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang roh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Syurga-Nya..
Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku..


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Friday, April 22, 2011

Diari 21st April 2011


Hari ni start pukul 5 petang hujan dah mula turun dengan ribut petir lagi..adoii..dalam fikiran aku mesti jem lagi..pukul 6pm terus tanya hubby nak balik pukul berapa...tak sangka lak dia nak balik awal..nasib baik......:-) ...turun dr ofis takde la hujan pun..dah berenti rupanya so wait for hubby kat depan LX Mode cam biasa...awal sikit sampai rumah dr the day before..so rasa relek sikit..sempat la mandi sebelum bagi anak2 makan...Zarel mintak mee goreng yg Daddy masak semalam dan Qisti yang tak suka makan mee cam biasa la..telur mata kerbau...after makan, Zarel terus nak tido..awal lak malam ni..kul 9 dah lelap..Qisti lak tunggu 9.30 baru tido...

So bermula rutin yang baru je 2 minggu ni menjadi rutin..:-)...basuh baju, basuh kasut Qisti sebab besok nak pergi rumah Zira after office..sib baik kasut sekolah masih elok, takyah basuh..sambil2 tunggu baju, kemas baju yg nak bawa besok...sambil tgk citer Mantera Anjasmoro...jarang2 tengok..dah lama tak mengadap TV...


Teringat lak majalah Wanita yang baru beli semalam..dah lama tak membaca, tu pun after beli tak sempat pun nak baca, malam ni nak luangkan sikit masa membaca..sambil2 attachkan disini...


Dah lama sangat tak beli majalah..terutama majalah Wanita...I might as well buy In-Trend rather than this..but this time, 1 topic here make me feel like to buy it..actually banyak topik menarik untuk keluaran ni...anyway aku tak tau pun topik apa in previous edition...:-)..so I will share it here..



Selepas membaca full article, I notice something..Tajuk tak melambangkan isi di dalam..so don't judge the book by its cover..or maybe...don't judge someone without knowing him...or..salah di mata tak nampak, salah tafsiran jika tak di nilai..

anyway, I'm not a writer, so just cut & paste here isi kandungan article ini yang aku rasa boleh di jadikan panduan hidup bg sesiapa sahaja...juga utk diri sendiri...


...Sahabat bertakhta di hati isteri terpijak di kaki?

Suami anda gemar berkawan mesra dengan siapa saja tapi tidak dengan anda? Agaknya kedudukan sahabat jadi lebih baik daripada isteri..Krisis rasa bersahabat di antara suami isteri bermula ketika salah seorang beralih perhatian kepada yang lain.Boleh jadi kepada anak-anak yang masih perlu perhatian yang rapi, karier, hobi atau teman2 lama..kemudian sedikit demi sedikit pasangan mula di pinggirkan..Akhirnya masing2 tiada masa bersembang, minum teh atau menonton bersama bahkan sekadar mengucap salam pun tak sempat...

Hati utk suami, hati utk anak, hati utk kerjaya dan sebagainya boleh di bahagi dengan adil jika mahu...tak perlu salahkan sesiapa, memang sah kedua2nya salah!..Apa yang penting bagaimana memperbaiki kelemahan utk menjadi lebih bersahabat dan intim dengan pasangan..Kenali gaya hangat jadi sahabat yang hebat...


Jadi kawan jangan kaku
Ada kalanya suami mahu anda berperanan lebih bebas, sporting, gila2 sikit dgn gurauan yang mencuit hati..keluarlah dr kongkongan gelaran sebagai isteri..belajarlah dr semangat Aisyah R.A isteri Rasullullah S.A.W yang berjiwa muda, ceria, menyenangkan hati suami, bijak dengan ketinggian ilmu, sebagai teman Rasullulah yang pandai mengambil hati..begitulah kawan setia yang lebih hebat dari sekadar isteri.


Jadi kaunselor
Kebanyakan penyebab suami atau isteri curang adalah kerana mereka mencari kawan yang mahu mendengar curahan hati...Lidah yang suka mengata suami, menyebut-nyebut keburukannya, mengungkit kesilapan silamnya, menjatuhkan maruah suami dengan cara yang amat menyakitkan...Kalulah isteri berjiwa besar dengan sifatnya yang pemaaf, memahami dan sensitif, pasti hati suami terpaut walupun tanpa kata-kata kerana sikap mencerminkan pesona keihklasan hati..


Jadi peminat seorang bintang pujaan
Rancanglah kegembiraan setiap hari. Berminatlah menjadi sahabat suami, meminati hobinya, meminati pemikirannya, meminati karektornya dan meminati segala-galanya seakan dia seorang selebriti.
Kalau temukan sikapnya yang menyakitkan hati, jangan cepat terasa. Sebagai manusia biasa, suami juga banyak kelemahan tapi jangan sampai mata anda tertutup utk melihat keunikannya..pada 10 kelemahan tentu ada sejuta kehebatan yang boleh menghapus segala persepsi negatif tentang dirinya...


PETUA UNTUK SUAMI

3 petua di atas seolah2 ditujukan utk isteri sahaja bagaimana pula dgn suami? Suami juga sama kedudukannya..perlulah berusaha menjadi sahabat kepada isteri kerana isteri diciptakan untuk menjadi sahabat di dunia dan akhirat. Begitu uniknya seorang siteri sehingga syurga pun tak cukup untuk menghiburkan Adam tanpa kehadiran Hawa di sisi. Isterilah punca kenikmatan anda wahai suami. Sahabat sejati sehidup semati.

Sekarang mungkin anda belum terasa menjadi sebahagian dari jiwa isteri..nanti, saat nyawa anda di hujung halkum dan wanita itu menjatuhkan air matanya ke dada anda di situlah perasaan syahdu mengalir lembut ke jantung yang mula lelah, lelah mengingat betapa setianya isteri menjadi mengsa yang redha demi cinta yang diwarisi Adam dan Hawa..


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Thursday, April 21, 2011

Hasil Kerja Zarel lagi...

Hari ni zarel belajar mewarna..selama kat rumah susah betul nak suruh dia mewarna, even tgk kakak melukis dan mewarna pun dia tak minat nak join..so today dia belajar, "color jgn keluar'...:-P





Belum tau concept macam mana nak color..habis terkeluar


Dah tau concept color takleh keluar..:-)





TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Hasil kerja Qisti

Lukisan terbaru Qisti...




Tgk mummy dok tangkap gambar lukisan je dia pun ape lg baik ambik gambar dia sekali




Inilah lak bilik TV, PS2, Komputer, toys merangkap bilik lepak anak2 ku...penuh dgn hasil kerja Qisti..habis dinding semua kena tampal..:-P ...

Pintu bilik pun kena tampal..since last year gambar ni tapi baru nak capture..:-)
 







TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Wednesday, April 20, 2011

Hasil kerja Zarel

Petang tadi cikgu Zarel sms bagitau ada kerja sekolah..aku pun terus tanya balik..pandai ke dia pegang pencil...cikgu dia pun jawab, sebab tu nak suruh buat latihan byk sikit..haha..anak aku yg sorang ni malas betul bab2 buku2 ni..tak macam Qisti, 3 thn dah pandai A-Z..takpe la..setiap anak tu kan berbeza...ada masa lagi..umo Zarel pun belum 5 tahun..harap2 sempat la..:-) Setelah seminggu belajar kat tadika, pegang pencil pun tak pandai lagi...inilah hasilnya..puas gak paksa dia buat..tak habis pun..lgpun aku balik lambat, tak sempat nak tunggu dia siapkan..kejap je dah pukul 10..so terpaksa tidor awal diorg ni..besok nak bangun awal..



TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Tuesday, April 19, 2011

Tips Menangani Anak

Tips Menangani Anak
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas 2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control 3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah... "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka. "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah.. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup. " Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.


BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."


HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."


USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain. Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

Tips:
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).


2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Monday, April 18, 2011

Erti Kasih Sayang


Rumput yang paling cantik.

Pada suatu hari seorang murid bertanya pada gurunya ketika itu gurunya sedang mengajar erti kasih sayang.

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Ok, kamu ikut apa yang saya suruh.  Kamu pergi ke padang, kemudian kamu berjalan di atas rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekali. Dan petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas.

 
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.  Cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang dipilih?
Pelajar : Tadi, masa saya berjalan. Saya carilah rumput yang paling cantik.  Memang ada banyak yang cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.  Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik.  Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumpur yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.  Maknanya apabila kita telah telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.  Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.  Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.  Semoga yang berlalu tidak berulang lagi.  Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik.


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Thursday, April 14, 2011

Qisti naik van for the 1st time

Hari ni bermula lah episod kehidupan Qisti yang terpaksa naik van balik dr sekolah..dah lama diorg ni di manja, di tatang sebegitu rupa..makan pun masih bersuap lagi..:-)...sekarang tibalah masanya berdikari, bercampur dgn org sekeliling, berkawan2...harap2 diorg boleh adapt dgn kehidupan yg sebegitu...


Hari ni aku telefon dia after dia balik sekolah..nampak gaya cam happy sgt naik van cino tu..katanya van besar sgt2...:-)..ada 2 classmate lg dlm tu....ok la tu kalau dia suka..lega hati aku..terpaksa la terima hakikat, kehidupan di KL ni memang camtu..parent pun semua bekerja..anak org lain pun sama gak kena lalui semua tu..so redha je la..harap2 diorg selamat..


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Feeling so sad..

Today I'm feeling so sad for some reason... what to do? cannot do anything..just leave it there...


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Wednesday, April 13, 2011

Apam Polka Dot

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Home made daging burger

Resepi ni di petik dari internet..kalau nak bg anak2 makan better buat sendiri kan, so kita tau tahap kebersihannya, bebas dr pewarna dan perisa makanan dan juga boleh control tahap ketinggian garam dan gula..


Bahan-bahan ( 15-20 keping )

  • 2 cawan daging cincang
  • 1 cawan breadcrumbs(serbuk roti) - boleh ganti dgn nestum/cornflakes
  • 1 labu bawang besar-saiz kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar worcestershire sauce - tak letak pun ok
  • garam dan gula secukupnya

Cara-cara

  1. Gaul semua bahan-bahan di atas kecuali telur.
  2. Pukul telur sekejap. Masukkan sikit demi sedikit. Agak-agak boleh bentuk, berhenti dari masukkan telur.
  3. Ambik sedikit dan buat bentuk bulat. Kemudian leperkan/ nipis. Buat sampai habis
  4. Lepas tu bolehlah digoreng.
  5. Lagi nipis lagi sedap.. untuk dapatkan bentuk yang nipis boleh disimpan dulu dalam freezer. Kemudian potonglah nipis-nipis.


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Monday, April 11, 2011

Pandainya Zarel...4th day to Kindy

Hari ni hari ke-4 Zarel ke tadika.
Last Friday dia balik bgtau dia nangis kuat sgt sbb mummy tak babai dia masa hantar..alamak..siannya anak aku..menyesal pun ada..ini gara2 cikgu dia tutup pintu awal sgt...menyesalnya aku..sian zarel...and to make sure cerita dia aku pun tepon cikgu dia..memang betul pun..and zarel ni kalau nangis memang takleh benti..camna la keadaan dia masa tu..suara pun dah hilang...so aku pesan dia..nanti jgn nangis lagi..nanti mummy babai...and dia mesti jenguk kat tingkap jugak supaya mummy can babai dia....

So today before masuk dia salam aku dan hubby dan cakap babai...then dia masuk dalam simpan sliper dan beg, tapi muka dia macam nak nangis...tak sangka dia akan keluar balik dan salam mummy dan daddy lg sekali..hiba lak aku rasa..tak sangka dia akan buat camtu...lebih dr apa yg aku jangkakan...then after dah tutup pintu, cepat2 dia berlari ketingkap utk babai, then terus pegi duduk..memang aku tak lupa saat itu..kalau lah aku dapat rakam saat tu kan best..harap2 dia terus suka belajar kat sana...


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Thursday, April 7, 2011

Masak time

Hari ni aku balik sorang, my hubby busy dgn keje...singgah Max Value beli barang utk buat karipap, ribena, potato chip..actually cari botol air utk zarel tapi takde la pulak...kul 7.30pm sampai rumah..bagi anak minum ribena, susu...then angkat baju di ampaian..tak kering pun...kena lak sidai lam bilik..cam tongkang pecah jadinya rumah aku...lepas semayang maghrib goreng telur utk Qisti nak makan nasi...goreng fries utk Zarel yg takde selera nak makan nasi this week...pastu kupas kentang, azam malam ni kena gak buat karipap utk my baby boy...sambil2 tulis blog..:-)...sempat lagi..baju besok je la lipat..anak2 kul 9.30pm dah kena paksa tido

Kul 12pm baru siap buat karipap.. kebetulan my hubby call suruh pick-up...so pegi pick-up suami and makan2..then balik rumah goreng karipap..goreng 1/4 masak utk simpan dlm freezer...kul 2 pagi baru leh tido..keje ofis yg di bawak balik tak sempat pun nak buat..:-)...

Karipap yang belum di goreng


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Kes Curi Pecah Tingkap Kereta

Kes Curi Pecah Tingkap Kereta

Kongsikan kepada rakan-rakan yang lain Youtube ini untuk pengajaran kita bersama. Youtube ini adalah rakaman kejadian rompakan kereta, dimana tingkap kereta telah dipecahkan daripada luar oleh dua orang yang menaiki motosikal.

http://www.tipswanita.com/2011/04/malaysia-snatch-thieves-on-bike-broke.html

Untuk keselamatan anda :-

1) Kunci pintu kereta anda.
2) Pastikan barangan berharga, bag dan komputer riba disembunyikan.
3) Berwaspada terutama dalam kesesakan lalu lintas dan berhenti di lampu isyarat.

Selain daripada itu nasihat-nasihat berikut dapat membantu anda :-

4) Kenal pasti perjalanan yang hendak dituju, sebagai contoh gunakan kemudahan "Direction" dalam Google Maps

http://maps.google.com/

5) Simpan maklumat 1CEMAS untuk kemudahan perhubungan sewaktu kecemasan.

http://smsbimbit.blogspot.com/2011/02/add-important-phone-numbers-as-1cemas.html

6) Sentiasa beritahu kepada individu yang anda percayai tujuan perjalanan anda dan jangka masa anda akan sampai.

Sumber Youtube

http://www.youtube.com/watch?v=8mbLLHxr0ng

Wanita Is Us

http://www.tipswanita.com/


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Wednesday, April 6, 2011

Maid of the house

Start yesterday, i'm appointed as maid of the house..huhuhu..what to do...so tonite, i need to wash clothes..dah 2 bakul penuh...nak sidai kat mana pun tak tau la..yang semalam sidai kat katil pun belum lipat lagi...then pegi kedai beli pencuci lantai after that mop lantai...after that lak buat karipap and keep frozen utk bekalan zarel ke tadika...kalau sempat..kalau tak besok la jawabnya...

apa pun kena la bg anak2 dinner dulu...adoi..goreng telur je la..my beloved hubby already cook gulai ayam yesterday..keep frozen..ada la bekalan utk 4 hari lebih kurang..so malam ni makan gulai ayam dgn telur je la anak2ku...my hubby dah pegi keje...ntah kul bapa lak nak balik..sib baik la anak 2 org je..siang malam keje camna nak take care children reramai..sian...

Checklist for tonite:

6.30pm - sampai rumah - nilah hari paling awal..gara2 nak balik cepat2 tgk zarel, sian, 1st day to school dah kena balik sorang2..tinggal gitu je dia pagi tadi, nak buat camna keje pack sgt..sambil2 tu layan Qisti naik beskal belakang rumah..

7.00pm - bagi Zarel minum susu, then suruh diorg mandi

7.30pm -  kemas dapur, basuh pinggan..

8.00pm - dinner for kids (Qisti je makan nasi, Zarel makan sosej je..asal makan dah la)

8.15pm - Basuh baju - masukkan lam mesin je...sambil menunggu indon yang telefon pagi tadi nak mintak keje..berat gak ambik dia ni sbb demand gaji RM600..tapi tak muncul2 pun

8.20pm - Baru nak sembahyang maghrib..:-P

8.30pm - Ajar Qisti Iqraq...dah byk hari terlepas..sian..

9.00pm - Lipat baju yang dah basuh semalam..kemas2 rumah sikit...

9.15pm - Mandi

9.30pm - sidai baju


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Zarel start tadika

Sian anak aku 5 tahun lum masuk tadika...tapi ok la kot hantar sekarang walaupun terlambat sikit..actually dia pun lum 5 thn..hujung tahun baru consider 5thn...

Hari ni kul 7 dah kejut Zarel bangun, nak siap2 pegi tadika...aku pilih Hidayah Bestari sebab dia sgt bagus, sekejap je budak dah pandai..dan jugak balance dgn ajaran agama...hopefully zarel suka pegi sekolah...walaupun aku dapat free je tadika Q-Dees yang semua org berharap utk ke sana..hehe..

Kul 7.40 sampai kat Hidayah Bestari, sib baik zarel langsung tak kisah, tak nangis...masuk sekolah org suruh duduk, dgn selambanya dia cari kerusi dan duduk sebelah cikgu..ok la tu..aku terus tinggal dia sbb nak bergegas pegi keje...kul 11.30 cikgu dia tepon cakap dah hantar balik rumah..sib baik senang je anak aku pegi sekolah...lepas dah 1 bebanan yang selama ni bersarang lam kepala otak aku..




TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Tuesday, April 5, 2011

Maid dah hilang..transporter qisti pindah...

Hari ni tunggu punya tunggu maid tak datang2...tak pasal2 qisti dah lambat pegi sekolah...alamak buat hal lg ke indon ni...macam2 hal la indon, yang ambik duduk  dgn majikan pun lari..yang duduk dgn mak bapak sendiri pun lari jugak...mak dia pun dah cari tak tahu si anak pegi mana..aduhhh...mana lak aku nak cari org jaga anak ni..susah betulla...dah la aku ni keje balik malam je hari2...adoii...tek pasal2 kena EL hari ni...

Panggil adik ipar yg perempuan tak datang, sib baik ada adik ipar lelaki kat Banting...so memalam buta kitorang bergegas pegi ambik dia..alhamdullillah..settle masalah utk beberapa hari ni..atau bulan...next step..kena cari maid lg..tak tau la sampai bila harus begini...cepat2 la zarel sekolah..leh tinggal je kat rumah..panggil Indah jengok sekali sekala...

Satu lagi masalah..Yaz lak nak pindah rumah, jiran yang ambik Qisti balik sekolah..aduhhh...terpaksa la anak aku naik van..kuatkan la semangat aku utk lepaskan anak aku dgn org asing...semoga dia selamat...kena la start cari van sekarang..


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Monday, April 4, 2011

Cara Wardina mendidik anak solat

Artikal ini telah banyak disiarkan di Facebook dan juga blog. Sengaja aku paste dalam blog ni   supaya dapat diamalkan dan menjadi pengajaran untuk diri sendiri jugak..:-)

___________________________
by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm.

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…
I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…
I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-
1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat
2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat.
(hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) – lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….
ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 tahun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”
3)Selalu cerita how IMPORATAMT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..
4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)
5)kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.
Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what???? She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.
Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!
And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!
I love you all!!! Good night…..
But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again