BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Korunk memang best..tqqqq

Thursday, July 26, 2012

Amanda 1st solid food

Hari ni genap umur Amanda 6 bulan...akhirnya berjaya jugak ku fully breastfeed dia for 6months..another 1.5y to go...semoga aq berjaya..insyallah..

Sejak semalam puas kufikir nak bg dia makan apa..dr pembacaan better to give fruit..so pisang adalah pilihanku...tp ape la mengong sgt aq ni..ada ke bg pisang yg keras tu..huhu...dah tentu2 Amanda xleh makan..huhu..sian..agaknya excited sgt nak bg baby makan (ke malas??) langsung terlupa semua bende yg di baca dan lupa jugak kelogickan bende keras kena dilembikkan dulu..nama pun baby..huhu..macam xpernah ada anak lak aq ni..hahaha..actually dia dah lama excited nak makan..bila tgk org makan sibuk je dia..sian dia hehe..xpe la 1st day..esok kita try lg yek..ikut kerajinan mummy jugak..huhu

excited nak makan..






siian diaa..
...alhamdulillah kali ni ku dapat rasa, tgk dan abadikan di laman ini tentang kisah hidup anak2 ku..terutama sekali Amanda...Qisti dan Zarel mmg aq tak ingat langsung camna 1st time dia makan..aq ke yg bg makan atau org lain..itulah saat2 yg dah kulepaskan camtu je..sedar tak sedar dah besar2 pun diorg..harap2 belum terlewat utk ku tebus kembali saat2 yg lalu tu sekarang..bg aq berhenti kerje adalah satu rahmat buat ku dan family...wang bukan segalanya jugak kan..at least aq sempat tgk zarel memulakan persekolahan...Qisti dah terlepas tp akan kupastikan dia leh score 5A utk setiap exam, akan kupastikan juga dia habiskan baca muqaddam kat rumah..insyallah... Amanda..mmg totally bernasib baik sbb sejak lahir tak pernah berenggang dgnku..so siapa pun Amanda di masa akan datang adalah totally fr mummy..huhu..semoga aq dpt laksanakan tugas mencabar ini dgn jayanya..


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Sunday, July 22, 2012

Laman Web Kesihatan yang Berguna

Antara Laman Web Kesihatan Yang Berguna


Maklumat umum kesiahatan untuk ibu-bapa:http://www.drhull.com/EncyMaster/index.html

Common Pediatric Problems:http://www.generalpediatrics.com/CommonProbLay.html

Maklumat penyakit-penyakit tertentu: http://www.diseases-explained.com/

Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA): http://www.mpaeds.org.my/

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA): http://www.mma.org.my/

UKM Speciaist Centre: http://www.ukmsc.com.my/

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): http://www.moh.gov.my/

Tanya Doktor Anda: http://www.Ismdc.com/BersamaDrAnda.htm


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Jenis-jenis Tanda Lahir Pada bayi

Jenis-jenis Tanda Lahir Pada Bayi


Mogngolian spots


Cafe-au-liat



Port Wine Stain



Hemangioma





Macular stains pada kelopak mata kanan atas


Tanda lahir (Birth marks) boleh di bahagikan kepada 2 jenis:

A. Tanda lahir Vaskular :Tanda lahir ini terjadi apabila salur darah tidak terbentuk dengan sempurna. Terdapat 3 jenis tanda lahir vascular
i - Macular Stains: Tanda lahir yang paling kerap kelihatan. Biasanya terdapat pada bahagian dahi, kelopak mata, belakang leher, hidung, atas bibir atau pada bahagian belakang kepala. Biasanya tanda lahir jenis ini akan hilang apabila bayi itu mencapai umur 1 atau 2 tahun.

ii - Hemangioma : Tanda lahir jenis ini selalunya timbul dan boleh jadi kemerah-merahan atau bebiru-biruan bergantung kepada jenis salur darah yang terlibat. Hemangioma selalunya akan makin membesar untuk 6 bukan pertama dan biasanya akan mengecut apabila kanak-kanak tersebut mencapai umur 5- 9 tahun. Jika hemangioma ini besar dan melibatkan bahagian seperti mulut atau hidung maka rawatan perlu dilakukan bagi mengecutkannya supaya tidak mengganggu fungsi organ tesebut.
iii- Port Wine Stains - Tanda lahir jenis ini selalunya belaku pada bahagian muka dan bebeza dari segi saiznya. Ia seperti berbentuk air wain merah yang tertumpah (port wine stains). Jika ia berlaku dekat pada bahagian mata ujian lanjutan perlu dilakukan untuk memastikan tiada komplikasi pada organ tersebut.
B. Tanda Lahir Berpigment (Piegmented Birthmarks): Tanda lahir ini terjadi apabila sel-sel yang menyebaban pigment (warna kulit) pada kulit berkembang lebih daripada normal (Overgrowth). Ia boleh dibahagikan kepada 3 jenis:
i- Cafe-au-liat spotsKerap berlaku dan warnanya adalah seperti kopi ditambah susu (seperti namanya). Boleh terdapat di mana-mana sahaja bahagian tubuh. Walaubagaimanapun jika terdapat banyak tanda ini dan saiznya yang besar maka perlu mendapat pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada kaitan dengan penyakit tertentu seperti penyakit saraf Neurofibromatosis.
ii - Mongolian spots - Bewarna kebiru-biruan atau kelabu. Kerap terdapat pada bahagian belakang atau punggung bayi. Selalunya akan hilang sepenuhnya tanpa memerlukan rawatan khusus.
iii - Moles (Tahi lalat) - Ia boleh bewarna perang atau hitam. Boleh rata atau timbul dan terdpat juga yang mempunya rambut atau bulu. Jika ia besar ia memerlukan pemeriksaan susulan bagi memastikan ia tidah bertambah besar atau berubah warna kerana terdapat risiko untuk menjadi kanser kulit (melanoma) jika ia berkeadaan demikian.


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Sunday, July 15, 2012

Panduan Menyusukan Ketika Berpuasa



Meneruskan amalan penyusuan ketika berpuasa adalah selamat.
Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan seharian.
Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payu dara secara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus atau pemerahan payu dara. Perlu anda maklumi bahawa dalam menjayakan penyusuan susu ibu, ia melibatkan hormon prolaktin dan oksitosin. Prolaktin merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu manakala oksitosin pula merembesnya keluar. Dalam pada itu, Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) adalah salah satu lagi faktor dalam menentukan usaha anda menjayakan impian menyusukan bayi sepanjang berpuasa.
FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payu dara tidak dikosongkan dengan efisyen.
Tahap FIL yang tinggi akan memberi isyarat kepada otak agar penghasilan susu ibu dikurangkan, kesan kekurangan permintaan. Hal sebaliknya berlaku apabila payu dara anda sering dikosongkan. Jumlah FIL dalam payu dara menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu ibu perlu dihasilkan.
Susu Kering
Tiada persediaan khas yang perlu anda lakukan dalam memastikan bekalan susu ibu kekal sepanjang menjalani ibadah puasa. Apa yang penting ialah anda perlu kekal berfikiran positif, terus menanam azam jitu bagi meneruskan penyusuan sepanjang berpuasa dan pada masa yang sama memastikan diri mengamalkan pemakanan seimbang dan menyihatkan.
Perlu diingatkan agar anda tidak khuatir dengan terlalu memikirkan amalan berpuasa bakal mengganggu penghasilan susu dan menjadikannya kering. Kebimbangan melampau akan menimbulkan perasaan tertekan yang akhirnya mendorong kemerosotan bekalan susu ibu.
Pengeluaran susu ibu yang berkurangan bukan disebabkan oleh ibadah puasa! Sebaliknya tekanan yang anda alami itu menghalang refleks pengeluaran susu (let down). Cara terbaik mengatasinya mudah sahaja iaitu anda perlu sentiasa bertenang dan tidak terlalu memikirkan hal ini.
Sehubungan itu, untuk makluman amaun susu ibu mungkin berkurangan pada hari pertama berpuasa. Namun, jangan endahkan hal ini. Sebaliknya, anda perlu lebih kerap mengosongkan payu dara. Jika bersama bayi, susukannya secara terus. Jika bekerja pula, perah dan kosongkan payu dara dengan sebaik mungkin dengan mengepam susu di setiap dua atau tiga jam sekali.
Biarpun berpuasa, pemerahan payu dara perlu berlangsung seperti biasa. Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya mulakan rutin ini di awal pagi iaitu ketika waktu sahur. Hal ini kerana amaun susu ibu pada waktu ini masih banyak. Sama juga halnya selepas anda berbuka puasa.
Dehidrasi
Dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Oleh yang demikian, ambil perhatian sewajarnya bagi mengelakkan keadaan ini berlaku dengan memastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa.
Masalah dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, loya, pening dan rasa haus melampau. Sekiranya keadaan ini berlaku, adalah lebih baik untuk anda berbuka puasa agar tidak menjejaskan tahap kesihatan diri.
Walaupun begitu, meminum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat. Hal ini disebabkan garam penting dalam mengembalikan kandungan sodium dan potasium dalam tubuh. Anda boleh mencuba meminum air bergaram untuk mengatasi dehidrasi. Cara membuatnya ialah campurkan sedikit garam dan gula bersama air sejuk. Untuk mendapat rasa yang lebih enak, letakkan sedikit perasa ke dalam minuman ini.
Panduan Pemakanan
1. Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.
2. Jangan Abai Sahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.
3. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.
Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.
4. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.
5. Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.
6. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.
7. Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again