BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Korunk memang best..tqqqq

Saturday, May 26, 2012

Kek Lapis Oreo

Sorry la lum belajar utk posing maut lg cam org lain..lgpun lum dpt dslr 
Kali ni percubaan utk kek lapis di cedok dr blog Che Mat Gebu...agak byk jugak bahannya berbanding resepi yg kubuat sebelum ni..bercinta gak nak mengediakan bahan2nya...hbku tak suka asam Hawflakes tu so kali ni kuganti dgn biskut oreo...anyway tukang perabih dan tukang makannya aku sorg je pun kalau kek2 ni..hbku dan Qisti tukang rasa je...zarel terkecuali...camna pun kali ni aku berjaya membuatkan dia suka pada kek buatan aku..kalau tak secret resepi je yg dia pandang..huhu...wajib sedap kek ni..tgk la bahan2nya...

Bahan-Bahannya :-)
450 g mentega
190 g gula halus (mat guna 150g so aq pun sama la jugak)
10 biji telur gred A
300 g biskut "Marie", dikisar halus
1 tin kecil susu pekat manis
85 g seri kaya
1 camca teh esen vanilla
Sebungkus biskut oreo (buang intinya)
1 camca teh pewarna makanan merah, hijau dan kuning


Putar mentega dengan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (adunan akan kelihatan berbiji2), masukkan seri kaya dan susu pekat manis. Putar hingga sebati.
Perlahankan speed, masukkan biskut marie kisar sedikit demi sedikit hingga habis dan tuang esen vanilla. Gaul hingga semua rata, bahagi kepada 3 bahagian sama banyak, dan letak warna merah, hijau dan kuning pada tiap satu bahagian. Kacau hingga rata.
Tuang 4 camca besar adunan warna kuning, ratakan dan kukus hingga masak. Tuang lagi 4 camca besar adunan kuning, ratakan dan kukus hingga masak.
Kemudian tuang 4 camca besar warna hijau, ratakan dan susun biskut. Kukus hingga masak, tekan2 sedikit dengan sudu dan tuang 4 camca besar adunan hijau, ratakan dan kukus hingga masak dan ulang hingga habis adunan.





TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Tuesday, May 22, 2012

Nyamuk..

Agak pelik entry pagi ni pasal nyamuk...tak pelik sebenarnya sbb rumah ni mmg byk nyamuk...takde la byk mana sgt cuma anak2 aku yg tiap2 malam jd mangsa nyamuk...dan pagi ni...aku mmg istihar perang besar-besaran dgn nyamuk ni...gerammmmm dgn nyamuk sialan ni...tengok la muka baby kesayanganku ini..huhu..


Flash camera ni membuatkan merah tu tak nampak sgt...actually penuh kat mata, hidung dahi telinga mulut pipi tangan kepala...mana lg anggota yg tak kena..kaki je la..perut pun ada sbb ku pakaikan baju new born kat dia..aduhhh...sakitnya hati dgn nyamuk...masa tu lak pasang lampu tido jek..so aku tak perasan ada nyamuk..ntah camna aku rasa cam muka dia merah2...sekali tgk mmg ada nyamuk sekor je pun..eeiiii...aku terus bukak lampu cr nyamuk dah hilang..pastu tgh menyusu baby nampak la kelibat dia..tp tak dpt nak serang nyamuk tu sbb tgh menyusu..lepas bg Amanda susu ku cari nyamuk dah xde...sekali lg gerammm....sib baik dia xde allergic..kalau ada alergic mmg menyesal tak sudah la...salah aku la tak letak dia lam baby cot...nampaknya kena la bersihkan cot dia dan kena masuk sana je drpd jadi mangsa nyamuk....dan nyamukkk...ko tunggu balasannya nanti...

Dah sejam aku tunggu si nyamuk ni tak muncul2...sian babyku...camna la perasaan dia dgn gatal tu..aku kena gigit satu tempat pun gatal giler ni lak penuh muka dan tangan semua merah menyala....aduhhh..geram2222...

Setelah sejam lebih aku tgk keadaan muka amanda hilang ke tak..takut gak tak hilang...sib baik merah2 tu hilang gak akhirnya...


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Saturday, May 19, 2012

Kek kukus Haw Flakes


Hari ni entry aku pasal masak memasak lagi..walaupun tak pandai memasak...tp bak kata cik siti delima...sesiapa pun boleh memasak...ada betulnya sbb aku sendiri yg tak pandai masak..bila tgk resepi kat internet, cuba..alhamdulillah..semua jadik...terutama sekali dr segi rasanya la...ye la kalau ikut sebijik bahan2 tu takkan dapat rasa lain lak kan..cuma bentuk dan rupa tu base on tgn masing2 jugak la kan...ok la kali ni percubaan pertamaku utk Kek kukus ni...actually aku fobia buat kek sbb asyik bantat jek..huhu...

RESEPI KEK LAPIS MASAM MANIS (HAW FLAKES)

Bahan A

  • 5 biji telur
  • 200 gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil ovallette
  • secubit garam
Bahan B
  • 220 tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
Bahan C
  • 150 ml fresh milk / susu cair
  • 100 ml minyak masak
Bahan D
  • Pewarna kuning, hijau, purple
  • Haw Flakes secukupnya (15 ketul)
  • Loyang bulat 20cm 

Cara-cara:
  1. Masukkan semua Bahan A ke dalam bekas adunan.
  2. Pukul sehingga kembang dan gebu berkrim.
  3. Kemudian masukkan Bahan B dan Bahan C berselang-seli ke dalam Bahan A.
  4. Pukul sehingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dengan warna kegemaran anda.
  6. Sapu sedikit marjerin di sekeliling loyang.
  7. Alas loyang dengan cooking sheet.
  8. Masukkan 1 senduk ++ adunan bewarna kuning dan ratakan. Kukus sehingga masak.
  9. Kemudian angkat dan masukkan  1 senduk ++ adunan berwarna purple, ratakan dan kukus semula sehingga masak.
  10. Susun hawflakes , kemudian masukkan 1 senduk ++ adunan bewarna hijau dan ratakan. Kukus lagi sehingga masak.
  11. Ulang langkah 8 sehingga adunan habis. 
  12. Hasilnya akan jadi begini lapisan kuning + lapisan purple + lapisan hawflakes + lapisan hijau + lapisan kuning + lapisan hawflakes + lapisan purple + lapisan hijau + lapisan Hawflakes + lapisan kuning + lapisan purple + lapisan hawflakes + lapisan hijau.

dah terlebih bekas sebenarnya adunan ni..kecut jdnya yg atas sekali..dah xmuat na kembang kot.

TIPS MEMBUAT KEK LAPIS DARI LOVELY KITCHEN (MINTA IZIN COPY YE LK)
  • Terlalu lama masa mengukus setiap lapisan boleh menyebabkan lapisan kek lapis tidak melekat antara satu sama lain / tertanggal.
  • Pastikan kek sudah masak sebelum melapis lapisan seterusnya. Jika tidak adunan akan bercampur dan lapisan tidak cantik.
  • Sentuh sedikit dengan hujung jari untuk mengetahui lapisan kek sudah masak atau belum. Jika kering dan tidak melekat di hujung jari, bolehlah di lapiskan lapisan seterusnya.
  • Tempoh masa mengukus kek tidak sama antara lapisan pertama dgn lapisan seterusnya. Mesti selalu check. 
  • Seeloknya sebelum melapis tekan lembut lapisan kek dengan sudu plastik. Supaya kek padat dan tiada lubang udara (Kak Diana).  
  • Cara menyimpan kek lapis : balut dengan aluminium foil dan simpan di dalm peti sejuk untuk ketahanan yang lebih lama. (kak Diana)
  • Setiap kali memotong kek lapis, lap/ bersihkan pisau pemotong dengan kitchen tissue supaya hasilnya tidak comot.


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Thursday, May 17, 2012

Lancer vs Inspira @ ECE

Sebenarnya aku agak ketinggalan dalam cerita ni...tp aku nak masuk gak sini..untuk peringatan selama-lamanya...

Gambar Kes Accident Inspira Vs Lancer Highway Pantai Timur

Aku sekadar berkongsi. Apa yang aku share ini adalah copy paste dari email yang
aku terima dari seorang kawan. AlFatihah kepada Arwah. Cerita daripada
seorang kawan c99limited.com

Lebih kurang pukul 6 petang 6-may-12, aku masuk hiway Plus dari kuantan
nakke KL. Aku maintain crusing 180km/j tetiba aku perasan ada kereta belakang
lagi laju. Aku tengok Inspira makin dekat dgn keta aku then aku masuk lane
kiri bagi laluan dia memotong. Pastu aku terus follow inspira tu, meter
dah jadi 200km/j. Wow hati kering driver inspira tu! Keta standard, absober
standard, rim dan tayar pun standard kilang.Memandangkan speed dah
200km/j then aku follow je dalam jarak lebih dari 5biji kereta demi
keselamatan. Enjoy pasal inspira tu rajin hi beam halau kereta ke tepi so
aku kat belakang dia just follow je la.

Time corner jalan tak rata aku nampak inspira tu body dah goyang tapi dia
tetap maintainspeed. Ada jugak terdetik nak potong dia tapi memandangkan aku
plan nak crusing je so aku maintain je la speed 200km/j kat belakang dia.
Tetiba kat depan ada sebijik Mitsubishi Lancer 2.0 kat lane kanan dalam
kelajuan 140km/j. Lancer tu taknak ketepi tapi terus tekan minyak dan inspira tu
terus cucuk. Hmmm kereta yg sama cuma pengilang yg berlainan.
Proton Inspira vs Mitsubishi Lenser aku pun ikut je la dari belakang untuk
melihat aksi mereka. Meter naik balik ke 200km/j.

Kalau ikut darah pahlawan time ni sedap potong kedua-dua tu tapi angin tengah
baik lagipun lately tak tau la aku macam gerun sikit nak rembat kaw-kaw,
hmmmm mungkin ada hikmah tu. So aku ikut je dari belakang.Dalam 5 minit
aku follow melihat aksi mereka ada pulak sebuah bas dibelakang antara beberapa
buah kereta yg bawak pada kelajuan biasa kat lane kiri. 

Inspira masih mencucuk lenser dgn rapat dan aku makin menjarakkan sikit
demi keselamatan.Tetiba aku nampak inspira, lenser, bas dan beberapa kereta
kat depan macam ada kacau bilau. Terus aku nampak lenser tu melanggar
pagar
kiri hiway dan melintas depan keta aku lalu langgar pagar kanan pulak dan
melompat sambil berpusing ke udara lalu jatuh ke laluan sebelah yg menghala
ke Terengganu. Sewaktu Lancer tu diudara sebuah kereta di laluan sebelah
betul2 berada dibawah lenser tu.

Nasib kereta tu memang baik tapi bila lancer tu dah terempas ke laluan sebelah
ada sebuah kereta lain terlanggar serpihanlenser tu lalu terbabas dan langgar
pagar. Kereta Inspira tu aku perasan slow sekejap pastu terus menghilangkan
diri. Masa aku pelahankan kereta untuk berenti aku perasan penumpang lenser
 yg duduk di depan dah kaku. Sebaik je aku berenti aku terus berlari ke lenser
tu untuk membantu.

Aku antara org terawal sampai dan masa aku tengah melintas pagar kat tengah
hiway untuk ke laluan sebelah ada sorang brother yg berlari lebih awal bagitau
ada baby kat tengah jalan.Ya Allah!!!!! menggigil kepala lutut aku dan rasa sebak
cam nak nangis nampak baby yg aku rasa baru beberapa bulan dah tercampak
keluar dan ada kat tengah-tengah jalan. Aku terus jerit kat brother tu suruh
angkat
 je baby yg tengah menangis tu. Brother tu pun macam panik tapi aku jerit je
suruh
dia angkat baby tu.Syukur kereta di laluan tu suma terus berenti.

Aku terus pergi kat ke lenser tu dan ada orang suruh mangsa mengucap.
Bila aku tengok kedua-duapenumpang dah diam.Aku nampak penumpang 
depan perempuan, masih dalam ber'seatbelt' dan air bagdah kempis. 
Kepala penumpang tu dah tunduk kedepan tapi aku yakin tengkok patah 
pasal nampak tulang tengkok macam nak terkeluar. Dia dah takbernyawa. 
Aku periksa pemandu, lelaki, masih memakai seatbelt dan airbag dah kempis.
Pemandu tu pun terlentok kaku. Ada kesan lebam di leher. Aku yakin dia pun
dah 
tak bernyawa. Aku terus pesan pada dua tiga orang yg ada kat situ supaya jgn 
sentuh mangsa yg dah tak bernyawa. Apa-apa hal tunggu polis. Pastu ada 
brother terus jaga lalu lintas dan aku pun bersihkan serpihan lenser tu 
untuk bukakjalan.

Aku ternampak beberapa document peribadi mangsa atas jalan terus akukutip
dan kumpulkan satu tempat.Aku periksa baby tu pulak, dahi dia luka kena
jalan. Nampak isi warna putihdan berdarah. Aku terus kumpulkan beg-beg
yg tercampak keluar dan untukcarik beg baby lalu aku kumpulkan
setempat. Alhamdulilah ada sorang pakcikdan anak perempuan dia datang
bantu tolong pegangkan baby tu.

Aku keluarkantuala dari beg baby tu untuk tutup kepala dia. Aku carik susu
tapi dahtakde dalam beg.Aku selongkar beg mangsa untuk cek document yg
mungkin boleh membantu akumenghubungi ahli keluarga mangsa tapi semuanya
cuma document peribadimangsa je dan takde no ahli keluarga mangsa. Dalam
masa 20 minit lepas kejadian tetiba ada pakcik tu ambih phone mangsadan call
ahli keluarga mangsa.

Rupa-rupanya ada ahli keluarga mangsa adaconvoi bersama mangsa hampir
sampai
ke tempat kejadian. Bila hali keluarga mangsa sampai terus kitorang suruh
ambik baby tu dulu dan hantar ke hospital.Aku rasa macam nak ambik
gambar mangsa tapi tak sampai hati. So aku ambikgambar kereta mangsa je
dari depan.Pastu dalam beberapa minit polis, bomba, ambulan pun sampai.
Aku kat tempat kejadian ada la dalam sejam dan berulang2 kali aku terpaksa
bercerita dari awal hingga habis. Sempat jugak aku bercerita pada ahli
keluarga mangsa yg datang ambik baby tu. Aku tinggalkan tempat tu dgn
kaki yg mengigil. Live depan mata excident200km/j.


Dalam masa beberapa saat je 2 nyawa melayang, baby terpelanting keluar kereta
dan baby yg tak tau apa-apa kehilangan ibubapa selamanya.Aku teruskan
perjalanan ke KL dgn kelajuan yg tak sampai 160km/j. isteriaku kat sebelah
troma dan ketakutan. Dalam kereta sunyi sepi tak berborak,radio pun tak on.


Sampai tol gombak baru aku bukak radio dan cuba bercakap dgn wife aku
untuk tenangkan dia.Lancer crash at 200km/j. Dari laluan kuantan ke KL
terpelanting ke laluan sebelah (KL ke Kuantan) minyak engine + coolen
mengalir keluar dua pictures ni je aku ambik. Aku tak sampai hati nak ambik
gambar mangsa.


Bukan Inspira atau Lancer yg menaik minat aku..tp baby yg dah xde mak bapak tu..siannya dia...aku yg ada baby 3 bln ni rasa sedih utk baby tu...org tu tak jumpa susu aku rasa bkn sebab hilang..tp baby tu maybe breastfeeding..so takde bekalan susu formula...sian dia..baby aku ni kalau tak dpt breastfeed 5 minit pun melalak cari....dan aku juga guna jalan ni utk balik kg..dan hbku mmg kaki bawak kete laju..mmg habis maximum 180k meter tu..sib baik caldina cuma 180k...highway ni mmg sesuai sgt racing..sib baik takde byk kete je..kalau tak setiap bulan dgr ada accident kot...bila baca kisah ni buat ku takut..minta di jauhkan bencana seperti ini..kisah ini akan buat aku pahatkan dlm kepala otak ni....to stop my hb habit...ingatlah orang tersayang..:-(


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Tuesday, May 15, 2012

Mother's day 2012

As usual..Qisti will never forget to make a card and give me present for mother's day...but this year zarel also join..dah besar anak mummy ni..hehe..so this is from them...hopefully I will get this every year till the end of my life..insyaallah.

Flower pen and felt key chain..(order dr cikgu..pandai cikgu buat business) from Qisti..

Lukisan dr Zarel...mesti cikgu sekolah dia yg bg utk dia color...anyway..ni hasil keje zarel for me ..really appreciate it..


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Thursday, May 3, 2012

Kuih Kasturi

Mesti ramai tak kenal nama ni kan...aku pun sama gak..huhu
Sajian petang ni ialah kuih kasturi...dah lama kacang hijau tersorok lam peti tu..dok fikir antara 2, bubur kacang ke kuih kasturi...last2..buat je kuih kasturi..nasib baik mendapat sambutan lak hr ni dr housemate2 ku..kecuali zarel yg mmg tak makan kuih....spagetti jek leh masuk tekak dia..so resepinya seperti berikut...

Resepi Kuih Kasturi

Bahan utk Inti:
1 1/2 cawan kacang hijau (rendam beberapa jam sebelum direbus)
1/3 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
1/2 biji kelapa parut muda (ambil yg putih saje)
Air secukupnya untuk merebus


Bahan utk Tepung Salutan:
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil kunyit serbuk
1/2 sudu kecil air kapur
air secukupnya
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng

Cara-cara:
1. Untuk membuat intinya, rebus kacang hijau sehingga pecah/lembut dan kering airnya (jgn sampai hangus ya).
2. Campurkan kacang hijau tadi bersama kelapa parut, gula pasir dan gula merah. Gaul hingga rata dan sejukkan.
3. Ambil adunan inti tersebut sedikit dan bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat sampai habis.
4. Bancuh adunan tepung utk disalut kepada adunan inti tersebut.
5. Panaskan minyak, celupkan adunan inti kedalam adunan tepung tadi dan goreng lah seperti biasa hingga keperangan. Angkat dan tos kan atas paper towel.
6. Hidang untuk minum petang atau pun sarapan pagi.


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

3 bulan 6 hari

Hari ni umo Amanda 3 bulan 6 hari...sejak 2,3 minggu lepas dia dah pandai pusing badan...tp lum pandai angkat kepala..hr ni pandai sikit gerakkan tangan...kena lebihkan perhatian tgk dia sekarang sbb tetiba je dah pusing..pastu tersembab2 muka kat tilam sbb tak pandai angkat tangan dia.... hari ni juga 1st day dia tidur lam buai...akhirnya terpaksa jugak kuletak lam buaian sbb susah sgt nak tido di siang hari..walaupun dia agak pelik la bila kuletak lam buai...dan lama giler nak bg dia tido lam tu..terjegil mata dia...tp alhamdulillah hr ni lama gak dia tido lam tu...dapat la tido 2 kali pastu dah taknak dah..ok la tu...

Agak jakun sikit (ke ketinggalan :-P) bila tgk kain buai warna coklat..biasa pink & biru jek..








TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again

Wednesday, May 2, 2012

Triffle

Resepi hari ni lak Puding Triffle...actually dah lama bertangguh nak buat ni sbb bahan2 takde...ingat nak buat masa SIL datang rumah ahad hr tu tapi tak sempat...hari ni aku bantai buat jugak walaupun takde buah koktel...pakai laici pun boleh la kot...hehe..so resepinya di sini..

Puding Triffle

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )
  • Kek secukupnya (butter/marbel ikut citarasa masing2) -utk disusun sbgai lapisan bawah puding.
  • 3 sudu besar Tepung kastard
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 cawan air
  • 1 tin Susu Cair Ideal (blh guna brand lain,tp brand Ideal lebih sedap)
  • 1 tin Buah2an dlm tin/fruit in syrup (peach@buah2an cmpuran) toskan & ketepikan airnya
  • 1 bungkus Jelly/Agar2 perisa strawberry (cap Nona)
  • 1 cawan air untuk larutkan Jelly

Cara-cara

  1. Bancuhkan tepung kastard bersama satu cawan air,kacau sampai larut. (jgn biar berketul)
  2. Masukkan bancuhan tadi ke dlm periuk,masukkan gula,1 tin susu cair dan air sirap dari buah2an dlm tin. Kemudian panaskan di atas api sederhana.
  3. Kacau selalu sehingga pekat & likat. Setelah siap terus tuangkan adunan ke dalam bekas yang telah disusun kek. (**kek dihiris nipis & disusun dalam bekas puding @ mangkuk kecil..basahkan sedikit dgn air buahan dalam tin...taburkan sedikit buahan di atasnya)
  4. Ratakan adunan kastard sehingga menutupi lapisan kek yang disusun tadi.
  5. Setelah itu,bolehlah susun buah-buahan dalam tin yg selebihnya di atas adunan kastard.
  6. Akhir sekali bancuhkan Jelly bersama 1 cawan air dan larutkan (**atau ikut cara2 melarutkan jelly di belakang bungkusan). Setelah larut,tuangkan ke atas buah-buahan yang disusun sehingga menutupi buah yg disusun. Masukkan dalam petisejuk selama 2jam dan hidangkan sejuk..Selamat mencuba.



Ni la rupanya dr atas..
 Lupa lak nak ambik close up yg dah potong..actually puding ni kena makan dgn sudu..lembik2 sikit..kalau nak jual kena letak lam bekas kecik2..jual aje..haha


TQ for reading...kalau rajin comment dan LIKE sekali ok..:-) do come again